Selalunya kalau ikan siakap orang makan masak sweet sour tak pun siakap stim limau kan. Tapi kali ini kita buat kelainan sedikit buat kengsom ikan siakap, rasa masam dan pedas dari kuahnya tersebut memang pembuka selera. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nuur Syuhada di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Selalunya kalau ikan siakap orang makan masak sweet sour tak pun siakap stim limau kan. Tapi kali ini kita buat kelainan sedikit buat kengsom ikan siakap, rasa masam dan pedas dari kuahnya tersebut memang pembuka selera. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nuur Syuhada di Facebook.
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 biji cili hidup
2 biji cili Melaka
1 ketul belacan
1 inci kunyit hidup
*Kisar semua bahan di atas
1 ekor ikan siakap
2 batang serai
1/2 ikat kangkung
1/4 biji nenas
Asam jawa/limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Kredit: Nuur Syuhada
Masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam periuk. Tunggu sehingga mendidih.
Masukkan serai yang dititik dan juga nenas.
Masukkan ikan siakap, garam dan gula secukupnya. Perahkan limau nipis.
Masukkan kangkung dan tutup api. Siap dan boleh dimakan.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…
Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…
Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…
Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…
Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…