Resepi kuih ulat bulu ini seakan sama seperti kuih onde-onde, namun bentuknya agak berbeza kerana sedikit bujur.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa kuih ini diberi nama ‘ulat bulu’. Ianya mungkin kerana taburan kelapa yang membaluti kuih tersebut yang seakan sama seperti ulat bulu.
Sebenarnya, nama kuih ini juga telah digunakan sejak azali lagi oleh nenek moyang sejak zaman-berzaman hingga melekat sampai sekarang.
Oleh itu, jangan takut untuk menikmati kuih ini kerana kelazatannya tidak selari dengan nama yang diberikan. Nama pelik tapi sedap!
Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Kacang Merah Lembut Bergedik, Kenyal-Kenyal & Lemak Manis!
Bahan-bahan yang diperlukan:
– 1 ½ cawan tepung pulut
– 1 sudu besar tepung gandum
– 1 sudu teh air kapur
– Air secukupnya
– Sedikit pewarna pilihan
– Inti kacang merah
Cara-cara:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan air kapur. Kacau rata.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga menjadi adunan yang tak melekat di tangan.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan. Uli sehingga warna sebati.
4. Ambil sedikit adunan, letakkan inti dan bulat-bulatkan. Kemudian, gelekkan dengan kedua tapak tangan sehingga menjadi bentuk bujur memanjang. Buat sehingga habis adunan.
5. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan adunan yang dibentuk tadi, rebus sehingga timbul.
6. Angkat dan masukkan ke dalam bekas yang mengandungi kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Salut kuih dengan kelapa sehingga rata.
7. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Shah Shatry via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Baca juga: Resipi Kuih Lepat Sagu Yang Lemak-Lemak Manis, Cara Mudah Tak Perlu Kukus!
Biskut coklat chip ini sentiasa menjadi antara kuih raya kegemaran ramai kerana ia bukan sahaja…
Nak sediakan satu hidangan lengkap untuk sahur, kami cadangkan anda cuba salah satu Resipi Campak…
Tiba-tiba saja kentang dan bawang mula membusuk, pastinya terasa aneh dengan perkara ini. Sebenarnya, anda…
Resepi susu kurma latte ini memang sedap dan menyegarkan, lebih-lebih lagi apabila dinikmati selepas seharian…
Resepi mee rebus utara memang menjadi kegemaran ramai. Kuahnya likat, pekat dan penuh rasa! Sekali…
Nak makan hidangan lauk seperti di kedai makan Thai tapi tiada kesempatan, jangan risau kerana…