Nak sediakan satu hidangan lengkap untuk sahur, kami cadangkan anda cuba salah satu Resipi Campak Campak yang istimewa oleh MyResipi, iaitu Nasi Ayam sedap simple.
Resipi Nasi Ayam ini sangat sedap dan ringkas kerana tak banyak bahan yang digunakan. Malah, aromanya cukup memikat bersama ayam goreng kicap yang lazat. Jom kita cuba!
Baca juga: Nasi Putih Telur Dadar Berinti, Resipi Sahur Cepat Siap Ini Mesti Ramai Suka
Bahan-bahan untuk nasi ayam:
Bahan-bahan untuk ayam goreng kicap:
Cara-cara memasak nasi ayam:
1. Mula-mula, hiris bawang merah dan cincang bawang putih.
2. Selepas itu, tuang dalam minyak panas sampai naik bau wangi.
3. Kemudian, masukkan semangkuk air dan biarkan mendidih sebentar.
4. Seterusnya, masukkan beras yang sudah dibasuh dengan bersih.
5. Masukkan kiub pati ayam yang dihancurkan dan kacau sebati.
6. Pindahkan ke dalam periuk nasi dan masak nasi seperti biasa (jika rasa kurang air, boleh masukkan 1 pot air, jika tak nak rasa nasi lembik sangat, masak saja seperti biasa).
Cara-cara memasak ayam goreng kicap:
1. Sementara menunggu nasi siap dimasak, boleh gaulkan ayam bersama kicap manis dan sedikit garam.
2. Apabila sudah digaul rata, boleh goreng dalam minyak panas sampai ayam masak sempurna dan nampak keperangan.
3. Kemudian, boleh hidangkan bersama nasi ayam yang siap dimasak dan hias dengan bawang goreng atau daun sup.
Nasi Ayam sedap simple ini bukan setakat boleh makan semasa sahur, malah nak hidangkan sewaktu berbuka puasa bersama orang tersayang pun boleh.
Video penuh:
@myresipi Resipi Campak Sahur 4 | Nasi Ayam Segera + Ayam Goreng Kicap Bahan: 1 biji bawang merah (hiris) 1 ulas bawang puting (cincang) 1 mangkuk air 1 mangkuk beras Kiub pati ayam maggi Bawang goreng atau daun sup (hiasan) Bahan ayam: 1-2 ketul paha ayam (bersih dan toskan) 2 sudu besar kicap manis pekat Sedikit garam #MyResipi #ResipiCampakCampak #IndahkanMemori #Ramadan2025 #nasiayam #menusahur #resepisimple #masukberanda #fypシ゚ #fyp ♬ original sound – MyResipi
Selamat mencuba!
Sumber: MyResipi
Baca juga: Resipi Nasi Tomato Yang Ringkas Tapi Sedap, Tak Perlu Masak Lama!
Nak sediakan satu hidangan lengkap untuk sahur, kami cadangkan anda cuba salah satu Resipi Campak Campak yang istimewa oleh MyResipi, iaitu Nasi Ayam sedap simple.
Resipi Nasi Ayam ini sangat sedap dan ringkas kerana tak banyak bahan yang digunakan. Malah, aromanya cukup memikat bersama ayam goreng kicap yang lazat. Jom kita cuba!
Baca juga: Nasi Putih Telur Dadar Berinti, Resipi Sahur Cepat Siap Ini Mesti Ramai Suka
Bahan-bahan untuk nasi ayam:
Bahan-bahan untuk ayam goreng kicap:
Cara-cara memasak nasi ayam:
1. Mula-mula, hiris bawang merah dan cincang bawang putih.
2. Selepas itu, tuang dalam minyak panas sampai naik bau wangi.
3. Kemudian, masukkan semangkuk air dan biarkan mendidih sebentar.
4. Seterusnya, masukkan beras yang sudah dibasuh dengan bersih.
5. Masukkan kiub pati ayam yang dihancurkan dan kacau sebati.
6. Pindahkan ke dalam periuk nasi dan masak nasi seperti biasa (jika rasa kurang air, boleh masukkan 1 pot air, jika tak nak rasa nasi lembik sangat, masak saja seperti biasa).
Cara-cara memasak ayam goreng kicap:
1. Sementara menunggu nasi siap dimasak, boleh gaulkan ayam bersama kicap manis dan sedikit garam.
2. Apabila sudah digaul rata, boleh goreng dalam minyak panas sampai ayam masak sempurna dan nampak keperangan.
3. Kemudian, boleh hidangkan bersama nasi ayam yang siap dimasak dan hias dengan bawang goreng atau daun sup.
Nasi Ayam sedap simple ini bukan setakat boleh makan semasa sahur, malah nak hidangkan sewaktu berbuka puasa bersama orang tersayang pun boleh.
Video penuh:
Selamat mencuba!
Sumber: MyResipi
Baca juga: Resipi Nasi Tomato Yang Ringkas Tapi Sedap, Tak Perlu Masak Lama!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…