Categories: Resipi

Cara Paling Mudah Buat Kuih Tepung Pelita, Tak Payah Kukus & Boleh Terus Makan!

Kuih tepung pelita ini selalunya kita beli saja di gerai atau bazar kerana sangka proses pembuatannya leceh dan rumit. Tapi bila melihat perkongsian daripada Pak Haji, rupa-rupanya mudah sahaja! Tak perlu kukus pun dan kalau tak ada acuan khas, boleh guna apa-apa bekas.

Dengan hanya menggunakan bahan asas seperti tepung beras, gula, santan dan sedikit pewarna, kita dah boleh hasilkan kuih yang lembut, berlemak dan sejuk menyegarkan bila disimpan dalam peti ais. Memang sesuai sangat untuk pencuci mulut atau jamuan ringkas di rumah.

Apa yang menarik, resipi ini hanya perlukan kaedah masak atas dapur, kemudian terus tuang ke dalam bekas dan sejukkan. Mudah, cepat dan sedap! Sesuai untuk yang baru belajar memasak.

Baca juga: Cara Senang Buat Kuih Badak Berendam, Lembut & Lemak Manis!

RESEPI KUIH TEPUNG PELITA TANPA KUKUS

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (warna hijau):

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • Sedikit air kapur (jika tiada pun tak apa)
  • Pewarna hijau
  • Gula halus (untuk tabur di dasar acuan – 1 sudu teh setiap satu)

Cara-cara buat lapisan bawah:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Kacau hingga sebati sebelum buka api.
  3. Guna api perlahan sahaja supaya adunan tidak berketul.
  4. Kacau hingga adunan betul-betul berkilat dan likat.
  5. Letak 1 sudu teh gula halus di dasar acuan atau bekas.
  6. Tuang adunan hijau tadi ke dalam acuan.

Bahan-bahan untuk lapisan atas (warna putih):

Cara-cara buat lapisan atas:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Kacau hingga sebati sebelum buka api.
  3. Guna api perlahan dan kacau hingga adunan pekat dan berkilat.
  4. Bila dah pekat, tuang di atas lapisan hijau yang telah diletakkan dalam acuan tadi.

Selamat mencuba! Tak perlu kukus pun, terus boleh makan bila dah sejuk. Senang, cepat dan sedap!

Sumber: Pak Haji

Baca juga: Cara Buat Kuih Pau Sambal Yang Mudah, Besar Dan Gebu Bukan Main Lagi!

Wan N

Recent Posts

‘Rider’ Bongkar Premis Makanan Kotor Di Kulim, Lalat & Najis Tikus Ditemui Dalam Kedai!

Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…

10 hours ago

Resipi Kuetiau Ladna Seafood, Ada Satu Langkah Penting Untuk Dapatkan Kuah Pekat Elok!

Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…

14 hours ago

Tak Guna Susu Pun Boleh Jadi Creamy! Resipi Mac & Cheese Ini Guna Air Kelapa Parut, Unik!

Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…

16 hours ago

Ingatkan Gula Kelapa Untuk Buat Kuih Saja… Rupanya Ada 7 Kegunaan Lain Dalam Masakan!

Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…

16 hours ago

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

17 hours ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

18 hours ago