Categories: Resipi

Resipi Nasi Arab Kabsah Ayam Wangi & Lazat, Sama Sedap Macam Makan Di Restoran Arab!

Kalau anda peminat makanan Timur Tengah, pasti pernah dengar tentang Nasi Arab Kabsah Ayam. Hidangan ini bukan saja kaya dengan rempah ratus, malah aroma dan rasanya mampu buat kita teringat-ingat.

Resipi nasi kabsah ini sangat sesuai untuk dimasak ketika ada tetamu, majlis kecil-kecilan atau bila anda teringin nak ubah selera dari lauk harian biasa. Jom kita cuba masak sendiri di rumah. Berbaloi sangat, sedap sampai menjilat jari!

Baca juga: Resipi Nasi Arab Mandy Ayam, Dijamin Sedap Setanding Macam Di Kedai!

RESEPI REMPAH KABSAH HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 6 biji pelaga*
  • ½ sudu besar cengkih*
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • ½ sudu besar serbuk kunyit

Cara membuatnya:

  1. Sangai semua bahan bertanda * hingga naik bau.
  2. Kisar halus menggunakan pengisar kering.
  3. Masukkan serbuk cili dan serbuk kunyit, kemudian gaul sebati.

RESEPI NASI ARAB KABSAH AYAM

Bahan-bahan nasi dan ayam:

  • 4 pot beras basmati (rendam selama 20 minit)
  • 1 ½ ekor ayam (dipotong besar)
  • 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 6-7 ulas bawang putih (dipotong kasar)
  • 1 biji bawang holland (didadu)
  • 2 biji cili besar hijau
  • 1 pokok ketumbar
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 2 sudu besar rempah kabsah (boleh beli yang siap atau buat sendiri menggunakan resepi di atas)
  • 6 pot air (menggunakan ukuran pot beras, nisbah beras:air, 1:1.5)
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Secubit saffron
  • Biji gajus (boleh campur badam dan kismis jika suka)
  • Minyak masak/minyak zaitun untuk menumis
  • 3 sudu besar minyak sapi

Cara memasak ayam:

  1. Panaskan minyak masak dan 1 sudu besar minyak sapi.
  2. Tumis 3 sekawan bersama bawang putih hingga sedikit kekuningan
  3. Masukkan bawang holland, cili hijau, daun ketumbar, rempah kabsah dan sedikit air.
  4. Masukkan ayam dan biarkan seketika untuk mematikan air ayam.
  5. Tambah baki air, garam dan kiub pati ayam, kemudian rebus sehingga ayam masak sepenuhnya. Angkat ayam dan ketepikan.

Ada 2 cara untuk memasak nasi:

  1. Masak di atas dapur: Setelah ayam dikeluarkan, masukkan beras, gajus, badam, kismis dan secubit saffron ke dalam periuk yang sama. Tanak nasi dengan api sederhana. Jangan tutup periuk. Bila nasi hampir kering, susun semula ayam di atas nasi, perlahankan api dan tutup periuk. Masak selama 15 minit lagi. Setelah selesai, buka penutup periuk. Bila asap keluar banyak, itu tandanya nasi telah masak sempurna. Tutup api dan keluarkan ayam. Sapu lebihan minyak sapi di atas nasi dan kaup-kaupkan nasi.
  2. Masak menggunakan periuk nasi elektrik atau pressure cooker: Pindahkan kuah ayam ke dalam periuk nasi atau pressure cooker. Masukkan beras, gajus, badam, kismis dan secubit saffron. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi hampir kering, susun semula ayam di atas nasi dan masak sehingga selesai. Keluarkan ayam, sapu lebihan minyak sapi di atas nasi dan kaup-kaupkan nasi.

RESEPI SALAD ARAB, PELENGKAP NASI ARAB KABSAH

Bahan-bahan:

  • 1 biji timun Jepun (dipotong dadu)
  • 2 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 biji cili merah (dihiris nipis)
  • ½ pokok ketumbar (dipotong kasar)
  • ½ labu bawang holland (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar perahan lemon
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Gaul semua bahan bertanda * hingga bercampur rata.
  2. Perasakan dengan garam dan gula, gaul sebati.

RESEPI SOS HARRAH

Bahan-bahan:

  • 1 biji cili besar merah
  • 4 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 2 biji tomato masak
  • ½ pokok ketumbar
  • 1 ulas bawang putih
  • Air (sekadar untuk menggerakkan mesin pengisar)
  • 1 sudu besar perahan lemon
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Kisar semua bahan bertanda * hingga halus, tetapi tidak terlalu halus.
  2. Perasakan dengan perahan lemon, garam dan gula mengikut citarasa.

Sumber: Ismi Yatie Ummu Haziq

Baca juga: Resipi Nasi Arab Paling Senang Nak Buat, Guna Bahan Ada Kat Rumah Saja

Wan N

Recent Posts

Madu Limau Kasturi Campur Halia, Buat Stok Siap-Siap Bila Musim Selesema

Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…

1 day ago

Resipi Lala Sos Tiram, Kuah Pekat Pedas Memang Buat Tak Cukup Sepinggan!

Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…

1 day ago

Petua Tauhu Tahan Lama, Ini 7 Cara Simpan Supaya Tak Cepat Masam & Berlendir

Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…

1 day ago

Jangan Terkejut, Uncang Teh Rupanya Boleh Lepaskan Jutaan Mikroplastik Bila Direndam Air Panas!

Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…

1 day ago

Resipi Terung Berlado Pecah Telur, Lauk Yang Ringkas Dibuat Tapi Membuka Selera!

Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…

1 day ago

Kek Pisang Moist, Guna Butter Campur Minyak Jadi Lebih Lembut & Tak Bantat

Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…

1 day ago