Beras wangi dan bebas kutu memang jadi impian setiap suri rumah. Tak ada siapa suka buka bekas beras dan nampak serangga kecil merayap atau beras yang berbau hapak.
Bukan saja hilang selera, malah boleh jejaskan kualiti nasi yang kita masak hari-hari. Sebab itu penting untuk tahu cara simpan beras yang betul supaya beras tahan lama, kekal segar dan bebas serangga perosak.
Ramai tak tahu sebenarnya ada cara mudah dan semula jadi untuk pastikan beras kekal elok tanpa guna bahan kimia. Salah satu petua tradisional ialah menggunakan daun pandan. Selain bagi aroma wangi, daun pandan juga berfungsi menghalau kutu beras secara semula jadi.
Jadi, kalau anda nak beras sentiasa harum dan tak berkulat walaupun disimpan lama, jom ikuti perkongsian tips ini sampai habis.
Baca juga: Tips Masak Guna Cili Tapi Tak Pedas Menyengat, Ikut Petua Orang Lama Ini!
1. Gunakan Daun Pandan Sebagai Pewangi Semula Jadi
Ambil beberapa helai daun pandan segar, potong kecil-kecil dan taburkan terus ke dalam bekas simpanan beras. Letak bersama beras yang baru dibeli dan gaul rata sedikit supaya daun pandan tersebar sekata.
Fungsi daun pandan:
2. Simpan Dalam Bekas Bertutup Rapat
Pastikan bekas beras jenis kedap udara atau bertutup rapat. Ini penting untuk:
3. Elak Simpan Di Tempat Panas Atau Lembap
Pilih tempat yang kering, sejuk dan tidak terdedah terus dengan cahaya matahari. Contohnya, dalam kabinet tertutup atau rak dapur yang terlindung.
4. Jangan Campur Beras Baru Dan Lama
Jika masih ada baki beras lama, habiskan dulu sebelum tuang beras baru. Campur beras lama dan baru boleh sebabkan yang baru pun cepat rosak dan mudah diserang kutu.
5. Cuci Bekas Simpanan Beras Sekali-sekala
Kadang-kadang kutu atau kulat boleh melekat pada dinding bekas. Jadi, bersihkan bekas setiap kali beras habis sebelum isi yang baru.
Sumber: Ena Alina
Baca juga: Cara Basuh Ayam Paling Bersih, Rendam Dalam ‘Air Ini’ Untuk Hilangkan Segala Lendir & Bau
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…