
Resepi kuih sagu merah adalah kuih tradisi yang sedap dan tak lapuk dek zaman. Teksturnya yang kenyal ada peminatnya tersendiri.
Kuih tradisional ini juga sering menjadi pilihan untuk hidangan petang atau sebagai pencuci mulut.
Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup ringkas, iaitu sagu, sirap, air, gula, kelapa parut dan garam. Mari lihat cara penyediaan lengkap di bawah.
Baca juga: Resipi Onde-Onde Labu Yang Lemak Manis, Cara Mudah Confirm Jadi!
RESEPI KUIH SAGU MERAH

Bahan sagu:
- 1/2 cawan sagu
- 1 sudu teh sirap rose
- Air secukupnya (untuk merendam)
- 5 sudu gula (atau 2 sudu gula erymaze sebagai pengganti)
Cara-cara buat sagu:
- Rendam 1/2 cawan sagu dengan air dan 1 sudu teh sirap rose. Gaul sebati dan biarkan selama 1 jam.
- Selepas 1 jam, masukkan 5 sudu gula dan gaul sebati.
- Kemudian, alih sagu ke dalam bekas kaca dan ratakan pada keseluruhan bekas.
- Kukus sagu selama 30 minit.
- Selepas siap kukus, biarkan sejuk di dalam peti ais.
- Bila dah sejuk, boleh potong dan gaul dengan kelapa parut.
Bahan kelapa:
- 1 cawan kelapa parut
- 1/2 sudu teh garam
Cara buat kelapa parut:
- Kukus sekejap kelapa parut.
- Kemudian, gaul bersama sedikit garam.
Sumber resipi dan gambar: Hani Che Lin
Baca juga: Resipi Kuih Tepung Bunga Yang Kenyal-Kenyal Manis, Guna 3 Bahan Saja!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














