resepi onde onde

Onde-onde adalah kuih tradisional yang terkenal, diperbuat daripada tepung pulut yang dikukus dan disalut dengan kelapa parut. Namun, kali ini MyResipi ingin berkongsi kelainan, iaitu resepi onde onde labu.

Biasanya, onde-onde berwarna hijau dengan penggunaan daun pandan sebagai pewarna. Tetapi kali ini, mari kita cuba sesuatu yang berbeza iaitu onde-onde yang dibuat dengan labu kuning!

Baca juga: Resipi Kuih Onde-Onde Gula Melaka Sedap & Lembut, Ini Tips Supaya Kuih Tahan Lama & Tak Cepat Basi

RESEPI ONDE ONDE LABU

resepi onde onde

Bahan-bahan:

  • 1 cawan labu (yang telah direbus dan dilenyek)
  • 1 ½ cawan tepung pulut
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit garam
  • ¼ cawan air (jika perlu, tambah air sedikit demi sedikit)
  • 1 ketul gula melaka (potong kecil-kecil atau boleh guna gula kerek)
  • ½ biji kelapa parut (dikukus terlebih dahulu)

Cara-cara:

  1. Gaulkan labu, tepung pulut, tepung gandum, sedikit garam dan air sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekat di tangan.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari, kemudian leperkan.
  3. Masukkan gula melaka atau gula kerek di tengahnya, kemudian tutup semula dan bentukkan bulat.
  4. Panaskan air hingga mendidih.
  5. Masukkan doh bulat tadi ke dalam air mendidih. Bila doh timbul, angkat dan toskan.
  6. Golekkan onde-onde di atas kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam.

Sumber: Zura Zul

Baca juga: Resipi Kuih Kasui Pandan Gedik & Kenyal, Tengah Kukus Harum Satu Rumah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN