resepi kuih ros

Resepi Kuih Ros adalah salah satu kuih tradisional Melayu yang menarik perhatian bukan sahaja kerana bentuknya yang cantik tetapi juga kerana teksturnya yang rangup dan sedap dikunyah. Kuih ini sering menjadi pilihan untuk minum petang atau dijadikan hidangan semasa perayaan.

Selain mudah disediakan, kuih ros juga memberikan nostalgia zaman kanak-kanak kepada ramai orang. Ia merupakan salah satu warisan kulinari Melayu yang mesti dikekalkan dari generasi ke generasi, sesuai untuk sesiapa yang ingin mencuba resipi tradisional dengan cara yang mudah.

Baca juga: Resipi Kuih Siput Yang Rangup Tapi Tak Keras, Buat Satu Balang Pun Tak Cukup!

RESEPI KUIH ROS YANG MUDAH DAN RANGUP

resepi kuih ros

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 kotak santan kecil (200 ml)
  • Air secukupnya untuk dapatkan adunan yang tidak terlalu pekat atau cair
  • Pewarna mengikut citarasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Pukul telur dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung beras, santan, air dan pewarna. Kacau sehingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Celup acuan kuih dalam minyak panas supaya kuih tidak melekat.
  4. Celup acuan ke dalam adunan tepung, kemudian terus celup dalam minyak panas. Goyang-goyangkan acuan sehingga kuih tertanggal sendiri ke dalam minyak.
  5. Goreng kuih sehingga keperangan dan rangup. Angkat dan toskan.

Tips:

  • Gunakan api sederhana supaya kuih masak sekata dan tidak cepat hangus.
  • Jika suka, boleh tambahkan sedikit vanila atau pandan untuk aroma yang lebih wangi.

Sumber: Noor Syazwanie Aziz

Baca juga: Resepi Kuih Karas Rangup & Cantik, Mudah Buat Walaupun Kali Pertama

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN