
Anda wajib cuba kuih siput rangup yang bukan sahaja mudah dibuat, malah mempunyai rasa rempah yang sangat membangkitkan selera. Gabungan tekstur rapuh dan aroma ikan bilis ini menjadikannya snek tradisional paling laku keras
Rahsia tekstur yang sempurna terletak pada teknik menguli dan penggunaan marjerin cair agar kuih tidak keras selepas sejuk. Ditambah pula dengan gorengan daun kari, aromanya pasti lebih memikat dan buat sesiapa sahaja tak berhenti mengunyah.
Bagi yang pertama kali mencuba, prosesnya sangat ringkas dan menjimatkan kos. Hanya guna bahan asas di dapur, anda sudah boleh sediakan kudapan yang rangup. Jom ikuti langkah lengkap di bawah!
Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Keledek Ungu, Tanpa Santan & Air Kapur Tapi Tetap Kenyal
RESEPI KUIH SIPUT RANGUP

Bahan-bahan:
- 1kg tepung gandum (diayak terlebih dahulu)
- 1 sudu besar serbuk kari (daging atau ikan)
- 1 genggam ikan bilis (ditumbuk halus)
- 1 sudu besar marjerin (dicairkan)
- Garam (secubit rasa)
- Serbuk perasa (sedikit sahaja)
- Air suam (secukupnya untuk menguli)
- Daun kari (untuk aroma semasa menggoreng)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan tepung gandum, serbuk kari, garam, serbuk perasa dan ikan bilis yang telah ditumbuk ke dalam bekas besar. Gaul rata semua bahan kering tersebut.
- Tuangkan marjerin yang telah dicairkan ke dalam adunan bahan kering tadi. Gaul rata (seperti serbuk roti).
- Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga adunan menjadi doh yang cantik. Pastikan doh tidak terlalu lembik supaya mudah untuk dibentuk nanti.
- Ambil sedikit doh dan mulakan proses menenyeh atau membentuk menggunakan acuan (citak) kuih siput sehingga habis.
- Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng secara deep fry.
- Masukkan daun kari ke dalam minyak panas untuk membangkitkan aroma, kemudian masukkan kuih siput.
- Goreng sehingga warna bertukar keemasan dan nampak garing. Angkat dan toskan minyak.
- Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.
Sumber: Zaleha Baharum
Baca juga: Resipi Kuih Buah Rotan Rangup Dan Wangi, Kudapan Legend Yang Kena Cuba Buat Di Rumah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














