resepi kuih karas

Resepi kuih karas merupakan kuih tradisional Melayu yang popular di Pantai Timur dan Utara Semenanjung, terkenal dengan teksturnya yang nipis, rangup dan manis sederhana, sesuai untuk minum petang atau musim perayaan.

Menariknya, resepi kuih karas rangup ini dikongsikan oleh Siti Azis di Facebook, yang mencubanya buat pertama kali hanya dengan mengikuti resepi ringkas dari TikTok dan hasilnya menjadi.

Jika anda mencari cara buat kuih karas homemade yang mudah dan rangup, boleh terus ikut resepi di bawah.

Baca juga: Bihun Banyak Di Dapur Sampai Tak Habis Guna, Boleh Buat Kuih Bihun Manis Rangup!

RESEPI KUIH KARAS TRADISIONAL RANGUP

resepi kuih karas

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 1½ cawan air masak / air tapis

Cara-cara penyediaan:

1. Larutkan gula bersama air masak sehingga gula benar-benar cair sepenuhnya.

2. Tuangkan air gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung beras.

3. Kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati dan menjadi adunan bertali (tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat).

4. Panaskan minyak yang banyak menggunakan api sederhana.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih karas atau botol bermuncung halus.

6. Acukan adunan ke dalam minyak panas secara berpusing sehingga membentuk corak sarang.

7. Goreng sehingga kuih karas bertukar warna keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.

8. Biarkan kuih karas sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Tips penting supaya kuih karas jadi rangup dan tak patah:

  • Pastikan adunan bertali, bukan terlalu cair atau terlalu pekat.
  • Gunakan api sederhana supaya kuih masak sekata dan tidak cepat hangus.
  • Minyak mesti benar-benar panas sebelum mula menggoreng kuih karas.
  • Jangan tindih kuih karas ketika masih panas kerana teksturnya masih lembut dan mudah patah.
  • Biarkan kuih karas sejuk sepenuhnya sebelum disimpan untuk kekalkan kerangupan.

Kuih karas memang sesuai untuk pemula kerana bahannya ringkas dan cara penyediaannya sangat mudah. Walaupun baru pertama kali mencuba, hasilnya tetap menjadi jika sukatan dan teknik diikuti dengan betul.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Azis

Baca juga: Cara Buat Kuih Sekaya Telur Pantai Timur, Lemak Manis & Sukar Ditemui Selain Bulan Puasa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN