resepi kuih puteri ayu

Jom cuba resepi kuih puteri ayu yang boleh dikatakan salah satu kuih legend ini.

Namun begitu, sehingga sekarang kuih ini masih ada penggemarnya yang tersendiri.

Jika sebelum ini asyik beli saja, kali ini apa kata kita cuba buat sendiri pula.

Ikut saja resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad di bawah.

Baca juga: Petua Buat Kuih Pau Yang Gebu & Tak Berkedut, Lembut Macam Bantal!

RESEPI KUIH PUTERI AYU

Bahan-bahan A:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 ½ cawan gula halus
  • 1 ½ cawan santan (1 kotak santan kara + ½ cawan air)
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk perisa pandan
  • 2 sk pewarna hijau

Info: Kuantiti 1 kotak santan kara sama dengan 1 cawan air. Jika tak cukup 1 cawan, boleh tambah air.

Bahan-bahan B:

  • 1 biji kelapa (warna putih sahaja)
  • 1 sk garam
  • 1 sudu besar tepung ubi

Cara-cara:

1. Mula-mula satukan telur, ovallete, perisa pandan, gula halus dan pewarna hijau. Pukul kesemuanya menggunakan mixer sehingga sebati.

2. Pastikan adunan cair.

3. Kemudian masukkan pula baking powder dan tepung yang telah diayak. Pukul lagi sampai sebati.

4. Adunan ini memang likat. Bila pukul sebati, terus matikan mixer.

5. Masukkan pula santan dan pukul sebati.

6. Pastikan adunan licin dan tidak terlampau pekat.

7. Kaup dan letakkan dalam pipping bag.

8. Untuk bahagian kelapa, masukkan garam dan tepung ubi. Kacau sebati.

9. Kalau tak cukup masin, boleh tambah garam.

10. Sapu acuan dengan minyak. Letakkan kelapa dalam 3/4 sudu besar. Boleh kurangkan mengikut citarasa.

11. Ambil acuan kosong dan tekap kelapa tadi supaya menjadi pakat. Tekan juga menggunakan jari supaya kelapa lebih padat.

12. Hasilnya apabila sudah siap ditekan dengan acuan dan jari.

resepi kuih puteri ayu

13. Kemudian letakkan adunan hijau tadi mengikut paras acuan atau kurangkan sikit.

14. Kukus selama 10 minit.

15. Apabila kuih sudah masak dan naik gebu, keluarkan dari pengukus dan biarkan suam sebelum keluarkan dari acuan.

resepi kuih puteri ayu

16. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

resepi kuih puteri ayu

Kredit resipi dan gambar: Ariana Sofia Ahmad

Baca juga: Resepi Badak Berendam, Kuih Legend Orang Pantai Timur Yang Lemak Manis!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN