Sesiapa saja yang suka buat kuih tradisional di rumah pasti seronok jika dapat tahu adanya resepi Kuih Peneram yang sangat lazat.
Kuih Peneram adalah panggilan lain bagi kuih denderam, iaitu sejenis kuih manis tradisional masyarakat India Selatan, tapi ia juga popular di Malaysia dan sering dijual di pasar malam.
Bahan utama dalam resepi Kuih Peneram cukup ringkas dengan menggunakan tepung beras dan gula merah, menjadikannya antara kuih tradisional yang mudah dibuat.
Nak tahu resepi Kuih Peneram yang menjadi, anda boleh ikut langkah demi langkah yang diajar oleh Pn Bib di Facebook ini. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Kuih Getas Tanpa Banyak Bahan, Lembut Dan Lemak Manis!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Masukkan gula merah, gula putih, air putih, garam dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Panaskan sehingga mendidih dan membuak naik buih-buihnya, tapi api dapur jangan kuat sangat.
3. Apabila sudah siap masak air gula, masukkan tepung beras ke dalam besen.
4. Tuang air gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung sambil kacau dengan senduk.
5. Apabila sudah siap bancuh tepung, perap sehingga sejuk selama 3 atau 4 jam saja.
6. Pastikn uli dulu sebelum digoreng supaya elok kejadiannya.
7. Goreng dalam minyak masak yang betul-betul panas sehingga nampak garing, angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!
Anda akan dapat hasil Kuih Peneram yang bukan setakat bahagian luarnya rangup, malah bahagian dalamnya juga lembut dan kenyal apabila dimakan.
Kuih Peneram inimempunyai kemanisan yang cukup rasa dan pastinya membuatkan anda tak berhenti mengunyah.
Jangan lupa untuk kongsikan resepi Kuih Peneram ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang suka buat kuih di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Pn Bib
Baca juga: Resepi Kuih Limas, Macam Tepung Pelita Tapi Beza Satu Bahan Saja
Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…
Waktu petang mesti nak makan kuih-muih yang sedap bersama teh O panas. Oleh itu, ada…
Nak masak dengan stail cepat siap, kenalah buat lauk dengan sayur dalam satu hidangan. Oleh…
Biasanya nak buat masakan lauk ayam, kena goreng ayam terlebih dahulu. Namun, kami terjumpa resipi…
Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…
Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…