Categories: Resipi

Resipi Bubur Asyura Sepantas Kilat, Letak BAHAN Ini Rasa Lagi Berlemak!

Resipi bubur asyura ini merupakan yang paling simple, mudah dan cepat untuk dimasak. Hasilnya, tetap warna yang cantik dan rasa berlemak.

Bubur ini juga mempunyai peminatnya yang tersendiri. Penggemarnya mesti akan sangat hargai resipi perkongsian Cik Puan Ida Shahida ini.

Ada satu bahan ‘rahsia’ yang wajib diletakkan supaya bubur asyura ini akan sedap berkali ganda.

Baca juga: Sambal Balado TANPA Belacan, Hari-Hari Boleh Makan!

RESIPI BUBUR ASYURA

Bahan-Bahan:

  • Jagung manis tin
  • Ubi keledek
  • Pisang emas @ berangan @ rastali
  • Sagu putih

Bahan-Bahan Lain:

  • Santan: 200-300ml (gunakan lebih santan jika mahu bubur lebih berkrim)
  • Gula merah: 1 1/2 cawan (dibancuh dengan sedikit air dan ditapis untuk elakkan pasir)
  • Daun pandan: 3 helai, disiat-siat dan disimpul
  • Ubi keledek: 1 biji kecil, dipotong sederhana kecil
  • Jagung tin manis: 1 tin (digunakan dalam ABC Air Batu Campur)
  • Pisang emas: 5 biji, dipotong 3 (boleh juga guna pisang raja, rastali, berangan, atau pisang emas)
  • Sagu: 3 sudu besar (direndam dalam air selama 15 minit)
  • Air: 3 cawan
  • Garam halus: 1/3 sudu kecil
  • Tepung jagung: 2 sudu besar membukit
  • Tepung beras: 3 sudu besar membukit (dibancuh kental dengan sedikit air. Jika suka keras, gunakan tepung jagung 3 sudu besar. Jangan guna terlalu banyak tepung supaya bubur tidak menjadi terlalu keras dan kurang sedap)

Cara Membuat:

1. Ambil periuk, masukkan ubi keledek, daun pandan, air, gula merah, dan 1/2 santan. Letakkan periuk di atas dapur.

2. Masak sehingga ubi empuk (jangan lembik sangat).

3. Masukkan jagung tin, pisang, garam, dan sagu.

4. Kacau dan sebatikan.

5. Terus masak sehingga sagu hilang putihnya.

6. Tambah baki santan, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan tepung beras tadi.

7. Gaul dan sebatikan.

8. Setelah masak dan pekat likat kental cantik, angkat dan masukkan ke dalam acuan atau bekas ketika masih panas.

9. Biarkan sejuk dan mengeras. Dalam 15-20 minit, bubur sudah boleh dimakan. Lebih sedap jika dimakan panas-panas.

Nota Tambahan:

  • Jika tiada bahan-bahan yang disebutkan, boleh tukar dengan apa sahaja bahan yang ada. Semuanya tetap sedap.
  • Jika menggunakan kacang hijau, rendam dahulu selama 20 minit dan rebus sehingga empuk. Ambil kacang sahaja, air rebusan buang.
  • Gula merah akan memberikan warna yang lebih cantik. Jika guna gula putih sahaja, warna akan menjadi putih kelabu atau bergantung pada bahan makanan yang digunakan. Campuran gula putih dan gula merah juga boleh digunakan, tetapi warna akan menjadi kekuningan.
  • Penggunaan jagung manis dalam tin akan menambah kesedapan bubur assyura. Jika tiada jagung manis, bubur akan kurang sedap kerana jagung manis memainkan peranan penting dalam memberikan rasa sedap berganda.

Sumber: Ida Shahida

Baca juga: Nasi Goreng Budak Sekolah, Resipi Campak-Campak Je Tapi Laju Anak Makan!

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

7 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago