Categories: Resepi

Resepi Kuih Nagasari Paling Mudah, Lembut Dan Kenyal Bila Makan

resepi kuih nagasariresepi kuih nagasari

Ada sesiapa di sini mengetahui resepi Kuih Nagasari yang mengingatkan kita kepada nostalgia sewaktu zaman kanak-kanak?

Kuih Nagasari cukup popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Orang Bugis memanggilnya sebagai kuih Bandang-bandang.

Ramai suka makan Kuih Nagasari kerana rasanya yang cukup berlemak, masin dan sedap. Sekarang agak susah untuk jumpa kuih ini dijual di luar.

Sebenarnya tak susah pun buat Kuih Nagasari ini jika anda mengikut resipi orang lama.

Baca juga: 7 Resipi Kuih Tradisional Berbalut Daun Pisang, Wangi Aromanya & Sedap-Sedap Belaka

Ia juga tidak menggunakan bahan yang banyak. Anda hanya perlu menggunakan tepung beras, tepung jagung dan santan segar yang dimasak sehingga likat.

Kemudian, intinya pula diisi dengan pisang nipah, raja, nangka, emas atau berangan sebelum dikukus bersama daun pisang.

Buat anda yang rindu nak makan lagi Kuih Nagasari, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Zahrah Juli di Facebook ini.

RESEPI KUIH NAGASARI

resepi kuih nagasariresepi kuih nagasari

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • Pisang nipah (atau boleh saja guna pisang lain)
  • 3 cawan santan sederhana pekat (santan segar)
  • 1 sudu gula (jika perlu)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan kecuali pisang. Kacau atas api kecil hingga masak dan berkilat (adunan kental).

2. Pisang belah dua, ambil sesenduk kecil adunan.

3. Letak pisang kemudian tutup dengn sedikit lagi adunan tadi.

4. Bungkus kemas-kemas, dah siap semua boleh kukus 15 hingga 20 minit dengan api sedang. Siap!

Anda pasti terkejut apabila melihat hasilnya setelah mengikuti resepi Kuih Nagasari ini. Walaupun kali pertama membuatnya, ia tetap menjadi.

Kuih Nagasari ini sangat lembut dan kenyal apabila dimakan. Sesetengah orang suka memakannya bersama gula merah.

Jika anda lebih sukakan adunan yang masin berlemak, anda tak perlu letak gula lagi kerana pisang sudah cukup manis. Selamat mencuba!

Sumber: Zahrah Juli

Baca juga: Resipi Kuih Nagasari Versi Talam Yang Lemak-Lemak Manis, Lembut & Kenyal!

Aimi

Recent Posts

Buat Sendiri Bread Crumbs Guna Roti Keping, Senang Saja Rupanya!

Serbuk roti atau bread crumbs bahan yang sering digunakan dalam banyak resipi, terutamanya untuk lapisan…

16 hours ago

Nasi Mentah Jangan Dibuang, Rupanya Boleh Diselamatkan Dengan 5 Petua Ini

Semua orang pasti pernah hadapi masalah nasi jelantah iaitu mentah atau kurang masak. Oleh itu,…

18 hours ago

Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata

Nak buat puding cantik dan terbentuk elok bukanlah mudah, tapi tak mustahil jika tahu caranya.…

19 hours ago

Cara Buat Perapan Ayam Bakar Sedap, Sesuai Untuk Wrap, Sandwic & Salad

Cara perap ayam bakar yang sedap ada tekniknya. Jika ingin gunakan dalam sandwic, wrap, atau…

20 hours ago

Resipi Ikan Cencaru Sumbat, Ikut Cara Ini Dijamin Isi Tak ‘Terburai’

Resepi ikan cencaru sumbat ini ada peminatnya! Bila makan sedap tak terkata, tak perlu lauk…

22 hours ago

Beza Chopper Dan Blender, Mana Satu Yang Lebih Sesuai Pakai Di Dapur?

Chopper dan blender merupakan antara peralatan yang wajib ada di dapur. Namun, anda perlu tahu…

22 hours ago