kuih lompang

Kuih lompang merujuk kepada kuih tradisi yang popular di Malaysia. Kuih ini mempunyai tekstur yang lembut dan rasa manis yang memikat, menjadikannya kegemaran ramai.

Resipi kuih lompang ini mudah disediakan dan memerlukan bahan-bahan yang tidak rumit. Dengan langkah-langkah yang ringkas, anda pasti dapat membuat kuih ini dengan mudah.

Kali ini, jom cuba buat kuih lompang yang berwarna ceria. Bukan sahaja sedap dimakan tetapi juga cantik dipandang.

Baca juga: Petua Agar Kuih Koleh Kacang Tak Cepat Basi, Wajib Buat 1 Langkah Ini

RESEPI KUIH LOMPANG WARNA-WARNI

Bahan-bahan:

  • 2 1/2 cawan tepung beras (cap bunga teratai)
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula (atau 3/4 cawan jika mahu kurang manis)
  • 4 cawan air (air penapis)
  • 1 sudu kecil air kapur (untuk jernih)
  • 2 helai daun pandan (simpul)

Cara-cara:

  1. Masak gula, air, dan daun pandan dalam periuk sehingga mendidih. Biarkan sejuk.
  2. Tuangkan air gula yang telah sejuk ke dalam mangkuk yang mengandungi tepung-tepung.
  3. Masukkan air kapur dan gaul rata. Tapiskan adunan.
  4. Bahagikan adunan ke dalam 2 atau 3 bekas dan warnakan mengikut citarasa.
  5. Sapu minyak pada acuan lompang (saiz kecil) dan panaskan acuan selama 5 minit.
  6. Sebelum menuang adunan, kacau adunan terlebih dahulu untuk memastikan ia sekata dan tidak mendap.
  7. Tuang adunan sehingga 3/4 penuh dalam acuan dan kukus dengan api sederhana selama 15-17 minit.
  8. Tunggu hingga sejuk sebelum mengeluarkan kuih dari acuan.
  9. Hias atas kuih dengan sedikit kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam halus.

Kredit resipi dan gambar: Zura Zul

Baca juga: Resipi Kuih Apam Lambung Telur, Sedap Makan Dengan Kelapa Parut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN