Selepas makan hidangan utama sewaktu sarapan, kita pasti teringin makan sesuatu sebagai sampingan. Antara makanan yang paling ramai suka buat ialah resepi Kuih Getas.
Kuih Getas atau kuih getas-getas adalah sejenis kuih tradisi yang dikenali juga sebagai kuih Kemplang.
Biasanya ia dibuat dari tepung beras berbentuk sedikit bujur dan selepas diadun, ia digoreng sira dengan air gula.
Tak ramai yang tahu tentang Kuih Getas kerana ia juga tergolong sebagai kuih lama. Tapi jika anda lahir di kampung, mesti kenal dengan kuih ini.
Shamsina Yahya telah kongsikan resepi Kuih Getas di Facebook yang cukup mudah untuk anda cuba di rumah.
Baca juga: Kuih Puteri Ayu Anti Gagal, Elak Langkah ‘Ini’ Supaya Tak Bantat
Bahan-bahan:
Bahan-bahan sira:
Cara-cara:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut dan garam.
2. Ramas-ramas sehingga semua bahan sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Uli sehingga doh tak melekat pada tangan.
4. Lenserkan minyak masak pada dulang dan tapak tangan, kemudian ambil secubit dan bulat-bulatkan.
5. Letak pada dulang, tekan dengan dua jari (leperkan). Nak buat bentuk lain pun terpulang sebab ada juga yang buat bentuk seperti keria.
6. Goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan, kemudian angkat dan toskan.
7. Bagi menyediakan sira, masukkan gula dan air ke dalam kuali dan masak sehingga air gula pekat dan bertali.
8. Masukkan kuih yang sudah digoreng tadi, kemudian kacau sehingga gula tadi jadi putih dan melekat pada kuih. Siap untuk dihidang!
Resepi Kuih Getas ini cukup mudah dan anda boleh jadikannya sebagai makanan ringan pada bila-bila masa.
Rasanya yang lembut dan kenyal pasti membuatkan anda seronok untuk makan bersama yang tersayang.
Selamat mencuba!
Sumber: Shamsina Yahya
Baca juga: Kuih Dangai Kukus, Guna 4 Bahan Ringkas Tapi Hasil Lembut Menjadi!
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…
Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…
Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…
Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…
Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…