Categories: Resipi

Resipi Kuih Cucur Topi, Hanya Guna 5 Bahan Untuk Hasil Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah

Kuih cucur topi antara kuih tradisional yang mungkin buat ramai teringat zaman kecil. Bentuknya yang unik, dengan bahagian tengah menggelembung seperti topi, menjadikan kuih ini cukup mudah dikenali.

Bila digoreng dengan cara yang betul, bahagian tepinya akan menjadi nipis dan rangup, manakala bahagian tengah pula kekal lembut. Ada juga yang mengenalinya sebagai cucur Jawa atau kuih topi, bergantung pada lokasi.

Bahan yang digunakan pun tidak banyak dan kebanyakannya memang sudah ada di dapur. Kalau teringin menikmati kuih tradisional untuk sarapan atau minum petang, boleh cuba buat sendiri dengan resipi ini.

Baca juga: Resipi Kuih Tok Aji Serban, Gabungan Pulut Lembut & Lapisan Sekaya Yang Manis Berlemak

RESEPI KUIH CUCUR TOPI

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung gandum, tepung beras, gula dan garam ke dalam satu bekas.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga semua bahan sebati dan adunan tidak berketul.
  3. Tapis adunan jika perlu supaya teksturnya lebih halus. Biarkan adunan seketika sebelum digoreng.
  4. Panaskan minyak dalam kuali menggunakan api sederhana. Elakkan minyak terlalu panas kerana bahagian luar kuih boleh cepat keperangan sebelum bahagian dalam masak.
  5. Kacau adunan terlebih dahulu, kemudian cedok menggunakan senduk dan tuangkan ke dalam minyak.
  6. Goreng sehingga bahagian tepi mula mengeras dan berwarna keemasan. Apabila bahagian tengah mula menggelembung, terbalikkan kuih dengan berhati-hati.
  7. Goreng sehingga kedua-dua bahagian masak dan keperangan.
  8. Angkat dan toskan minyak. Ulang proses sehingga semua adunan habis.
  9. Kuih cucur topi siap untuk dinikmati.

Resipi dan gambar milik: MyResipi

Baca juga: Cara Buat Kuih Keria Pistachio Yang Gebu & Rangup Di Luar, Tak Keras Walaupun Sejuk!

Wan N

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

7 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

8 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

9 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

10 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

10 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

10 hours ago