Categories: Resipi

Resipi Ikan Temenung Masak Asam, Menu Kampung Yang Sedap Sampai Kuah Pun Licin!

Ikan temenung masak asam antara lauk kampung yang nampak ringkas, tetapi gabungan rasa masam, manis dan pedasnya memang boleh buat nasi bertambah. Lagi-lagi kalau kuahnya dimasak agak pekat dan dimakan dengan nasi panas.

Resipi ini menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur seperti bawang, halia, cili padi, air asam jawa dan tomato. Ikan temenung pula digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah supaya teksturnya lebih sedap.

Untuk yang suka lauk berkuah tetapi tidak terlalu cair, boleh biarkan kuah mendidih sehingga sedikit kering dan pekat. Gula juga boleh dilebihkan sedikit supaya rasa masam daripada air asam lebih seimbang dengan rasa manis dan pedas.

Baca juga: Resipi Ikan Keli Goreng Rangup, Salut Bancuhan Ini Untuk Elak Melekat & Minyak Meletup

RESEPI IKAN TEMENUNG MASAK ASAM

Bahan-bahan:

  • Ikan temenung
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili padi
  • Air asam jawa yang pekat
  • Sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • Tomato
  • Air
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili padi. Jika suka pedas, boleh tambah lebih banyak cili padi mengikut citarasa.
  4. Tuangkan air asam jawa yang pekat, kemudian masukkan sos tiram, garam, gula dan sedikit serbuk perasa.
  5. Masukkan ikan temenung yang telah digoreng tadi dan biarkan kuah mendidih supaya rasanya meresap pada ikan.
  6. Masukkan tomato. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air.
  7. Biarkan kuah mendidih sehingga sedikit kering dan pekat. Jangan terlalu banyak air supaya kuah tidak menjadi cair.
  8. Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau seketika sebelum tutup api.
  9. Siap! Hidangkan ikan temenung masak asam bersama nasi putih panas.

Sumber: Yatie Rahim

Baca juga: Resipi Sambal Sardin Belimbing Buluh, Ikan Digoreng Dulu Barulah Rasanya Lagi ‘Umph’!

Wan N

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

6 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

6 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

8 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

8 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

9 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

9 hours ago