
Kuih Tok Aji Serban atau lebih dikenali sebagai pulut sekaya merupakan antara kuih tradisional Melayu yang cukup digemari kerana gabungan pulut lemak dan lapisan sekaya manis yang lembut. Tekstur pulut yang padat bersama rasa lemak santan menjadikan kuih ini sangat sesuai dinikmati sebagai hidangan minum petang.
Walaupun nampak seperti kuih yang memerlukan banyak langkah, sebenarnya cara membuat kuih Tok Aji Serban ini tidaklah sesukar yang disangka. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati seperti beras pulut, santan, telur dan gula melaka.
Resipi kuih Tok Aji Serban ini sesuai dicuba oleh yang pertama kali ingin membuat kuih tradisional di rumah. Hasilnya pasti memuaskan dengan lapisan atas yang berkilat, lembut dan rasa manis berlemak yang seimbang.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Kuih Seri Muka Paling Sedap, Guna Santan Segar Memang Lembut & Berlemak!
RESEPI KUIH TOK AJI SERBAN

Bahan-bahan pulut:
- 2 pot beras pulut (rendam selama 1 jam)
- 1 kotak kecil santan
- Sedikit air
- Sedikit garam
- Baking paper
Bahan-bahan lapisan sekaya:
- 2 keping nisan kerek atau gula melaka
- ½ cawan air
- 3 sudu besar gula perang atau gula putih
- 5 biji telur
- 1 kotak kecil santan
- Sedikit esen vanila
- Daun pandan
Cara-cara masak pulut:
- Basuh beras pulut yang telah direndam dan toskan sehingga kering.
- Lapik loyang dengan baking paper supaya pulut tidak melekat.
- Masukkan beras pulut ke dalam loyang.
- Bancuh santan bersama sedikit air dan garam, kemudian tuangkan ke dalam loyang sehingga paras santan sama tinggi dengan beras pulut.
- Kukus pulut selama kira-kira 30 minit sehingga masak.
Cara buat lapisan sekaya:
- Masukkan air, daun pandan, nisan kerek dan gula ke dalam kuali.
- Masak sehingga gula larut sepenuhnya. Ketepikan.
- Dalam bekas berasingan, pecahkan telur dan masukkan sedikit esen vanila serta santan.
- Kacau sehingga semua bahan sebati.
- Tuangkan larutan gula melaka yang telah dimasak tadi ke dalam adunan telur dan santan. Kacau rata.
Cara satukan kuih:
- Setelah pulut masak, tekan dan padatkan permukaan pulut menggunakan sudu atau alat yang sesuai.
- Cucuk sedikit permukaan pulut menggunakan garfu supaya lapisan sekaya mudah
- meresap.
- Tuangkan adunan sekaya di atas pulut.
- Kukus semula selama kira-kira 30 minit atau sehingga lapisan atas masak.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong supaya bentuk kuih lebih cantik.
Kuih Tok Aji Serban yang lembut, lemak dan manis ini memang sesuai dihidangkan untuk keluarga. Dengan resipi yang ringkas, anda boleh hasilkan sendiri kuih tradisional ini di rumah tanpa perlu membelinya di luar. Selamat mencuba!
Sumber: Elza Zawaty
Baca juga: Cara Membuat Kuih Sagu Yang Menjadi Setiap Kali, Rahsianya Kacau 10 Minit Sahaja
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














