kuih cara manis lembut

Walaupun pelbagai jenis kuih moden muncul, Kuih Cara Manis lembut tetap disukai ramai. Rasanya yang klasik masih menjadi pilihan, terutama buat mereka yang rindukan citarasa kampung.

Kuih Cara Manis mempunyai aroma wangi pandan, rasa lemak santan dan inti gula cair yang meleleh di tengah. Selain dimakan sewaktu sarapan, ada juga yang jadikannya sebagai pencuci mulut untuk minum petang.

Pn Habsah Ngah telah tunjukkan cara buat Kuih Cara Manis di Facebook yang membuat ramai tertarik kerana hasilnya cukup mengiurkan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Kuih Cara Manis Guna 2 Cawan Tepung, Lembut & Manis Berlemak

RESIPI KUIH CARA MANIS LEMBUT

kuih cara manis lembut

Bahan-bahan:

  • 10 helai daun pandan (lagi banyak lagi sedap rasa)
  • 2 cawan air
  • 1 santan kotak 200ml
  • 1 biji telur gred A
  • 3 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula (untuk adunan)
  • 2 sudu besar minyak masak (supaya tak lekat apabila bakar nanti)
  • ½ sudu kecil gula (untuk diletakkan atas adunan nanti)

kuih cara manis lembut

Cara-cara buat:

  1. Potong daun pandan dan kisar dengan 2 cawan air, kemudian tapiskan.
  2. Masukkan telur, santan, tepung gandum, sedikit garam, gula dan air tapisan pandan tadi.
  3. Kisar sekali lagi, kemudian tapiskan.
  4. Panaskan acuan dengan api perlahan saja.
  5. Sapu sedikit minyak, tapi jangan sampai minyak bertakung dalam acuan cara itu pula.
  6. Boleh tuang bahan tadi sampai hampir penuh acuan, jangan bagi melimpah ruah.
  7. Kemudian, terus masukkan gula atas adunan dan tutup.
  8. Bakar lebih kurang 3 hingga 5 minit, tak perlu terbalikkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Pn Habsah Ngah

Baca juga: Kuih Cara Berlauk Guna Inti Kentang, Lembut Dan Manisnya Cukup Rasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN