
Ada masanya kita teringin nak masak sesuatu yang simple tapi tetap bagi rasa seronok. Jika anda buat kuih Apam Gula Hangus yang gebu dan comel, pasti bahagia tak terhingga.
Kuih Apam Gula Hangus ialah sejenis kuih kukus tradisional yang popular di Malaysia dan Indonesia. Ia dikenali dengan warna coklat gelap, terhasil daripada gula yang dihanguskan.
Daripada guna acuan besar seperti biasa, Wan Nabyla cuba acuan mini yang lebih mudah. Tak sangka, kuih Apam Gula Hangus itu naik cantik, gebu dan menawan. Jom kita cuba!
Baca juga: Apam Susu Sukatan Cawan, Guna Tips Ini Supaya Hasil Naik Gebu Dan Cantik!
RESIPI KUIH APAM GULA HANGUS

Bahan A (gula hangus):
- 1 cawan gula
- 1 cawan air biasa
Cara-cara buat:
1. Cairkan gula atas api perlahan hingga bertukar warna keemasan gelap (hangus cantik).
2. Tuang air perlahan-lahan. Hati-hati kerana ia boleh memercik.
3. Ketepikan tanpa perlu sejukkan.
Bahan B:
- 2 biji telur
- 2 sudu besar susu pekat
- ½ cawan minyak
- 2 sudu besar marjerin
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1½ cawan tepung gandum
Cara-cara buat:
1. Masukkan semua bahan B ke dalam pengisar kecuali soda bikarbonat dan tepung gandum.
2. Kisar sekejap hingga sebati.
3. Tambahkan bahan A (gula hangus tadi) dan kisar semula.
4. Masukkan soda bikarbonat dan tepung, kemudian kisar lagi hingga adunan tidak berketul.
5. Sapu sedikit minyak pada acuan pilihan, mini atau besar.
6. Panaskan kukusan sehingga wap kuat.
7. Kukus:
- Acuan kecil: 15–20 minit
- Acuan besar: 30–40 minit
Apam Gula Hangus versi mini lebih cepat masak dan mudah dimakan. Oleh itu, kuih ini sangat sesuai untuk hidangan keluarga atau majlis kecil.
Selamat mencuba!
Sumber: Wan Nabyla
Baca juga: Apam Pisang Gebu Gebas Yang Paling Moist, Baru Kukus Terus Bau Wangi Satu Rumah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














