kuih kayu keramat

Pernah dengar nama Kuih Kayu Keramat? Kuih tradisional ini memang terkenal di Pantai Timur, terutamanya di Terengganu. Namanya mungkin kedengaran pelik, tapi rasanya memang sedap dan buat ramai teringat-ingat.

Kuih ini diperbuat daripada doh tepung yang digoreng, kemudian menghasilkan tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam. Sangat sedap dicicah dengan kopi ‘o’ panas untuk hidangan minum petang. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Kuih Lengat Pisang Kukus, Kuih Tradisional Lama Yang Jarang Orang Tahu

RESEPI KUIH KAYU KERAMAT LEMBUT

kuih kayu keramat

Bahan-bahan:

  • ½ kg tepung gandum
  • ½ paket yis segera (contoh: Mauripan)
  • 3 sudu besar gula (jika guna susu pekat, kurangkan kepada 2 sudu)
  • 1 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat manis/susu cair/susu tepung (pilih salah satu)
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Air suam secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Satukan semua bahan kecuali air dalam mangkuk besar. Gaul rata.
  2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan menjadi doh lembut seperti doh donat.
  3. Rehatkan doh selama lebih kurang 30 minit.
  4. Sapukan sedikit minyak pada tangan. Ambil sedikit doh, tarik memanjang seperti tali.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng doh yang ditarik tadi hingga berwarna keemasan.
  6. Angkat dan toskan. Kuih sedia untuk dihidang.

Sumber: Norimah Abd Rahman

Baca juga: Resipi Kuih Tepung Gomak Pandan, Ini Rahsia Kalau Nak Lembut & Kenyal Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN