resepi kek santan

Resepi Kek Santan antara kek klasik yang tak lapuk dek zaman. Baunya yang harum, teksturnya yang lembut, dan rasa lemak manisnya buat ramai tak pernah jemu.

Jika selama ini anda rasa kek santan susah nak buat, cubalah versi ini. Apabila kek dipotong, hasilnya puas hati kerana nampak cantik elok naik dan bau pandan pun semerbak satu rumah.

Paling menarik, resepi Kek Santan perkongsian Sharinaa Shahlan di Facebook ini tak perlukan mixer pun. Guna blender saja, boleh dapat kek yang gebu dan wangi. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Pandan Santan Gebu Gebas, Harum Semerbak Sampai Kawan Puji Berbakul!

RESEPI KEK SANTAN

resepi kek santan

Bahan-bahan:

  • 1 santan kotak (200 ml)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 5 biji telur
  • 1 penutup botol esen pandan
  • 1 sudu besar tepung penaik (baking powder)
  • 2½ cawan atau 300g tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan atau 250g gula pasir

Cara-cara membuat:

1. Masukkan telur, gula, ovalette, dan esen pandan ke dalam blender. Kisar sampai semua bahan menjadi kembang, gebu dan sebati. (Jika suka lebih manis, boleh lebihkan gula sedikit ikut cita rasa.)

2. Ayak tepung gandum bersama tepung penaik supaya kek tak berketul dan lebih ringan teksturnya.

3. Tuangkan adunan telur yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung secara berperingkat dan berselang-seli dengan santan. Gaul perlahan-lahan sampai adunan sebati dan licin.

4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu marjerin dan dialas kertas. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 1 jam atau sampai masak sepenuhnya (boleh cucuk lidi, jika keluar bersih, kek dah siap masak).

Apabila kek sudah siap, bau pandan dan santan itu memang buat tak sabar nak potong. Nak makan panas-panas pun boleh, tapi jika sejuk sikit, teksturnya lebih padat dan sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Sharinaa Shahlan

Baca juga: Kek Santan Cara Mudah, Pakai 3 Langkah Saja Kek Siap Dan Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN