Jika hari hujan atau badan rasa nak makan sesuatu yang hangat, resepi Kuetiau Sup Thailand memang pilihan terbaik. Rasanya ringan, segar dan penuh rasa asli gaya Thai.
Sup ini sebenarnya tak susah pun nak buat. Bahan-bahannya ringkas, tapi bila dimasak dengan cara yang betul, hasilnya memang luar biasa. Hirup kuahnya panas-panas, memang terangkat.
Resepi Kuetiau Sup Thailand oleh Lynda Nazri di Facebook sangat menarik kerana boleh diolah mengikut citarasa. Nak guna ayam, daging atau perut pun boleh. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kuetiau Kungfu Dengan Kuah Pekat Beraroma, Sekali Cuba Mesti Ketagih!
Bahan-bahan kuah:
Bahan-bahan hiasan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, didihkan air dalam periuk.
2. Kemudian, masukkan akar ketumbar, ayam, kicap cair, kicap sotong, kiub ayam, lada sulah dan lada hitam tumbuk.
3. Sementara itu, tumis bawang putih kisar sampai kekuningan, kemudian curahkan terus ke dalam kuah.
4. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa jika suka. Biarkan ayam empuk.
5. Keluarkan ayam, racik halus isi daging, kemudian hidangkan bersama kuah panas dan bahan hiasan. Siap untuk dihidang!
Walaupun resepi Kuetiau Sup Thailand ini ringkas, tapi cukup memikat selera. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dengan kawan-kawan yang suka masakan Thai.
Selamat mencuba!
Sumber: Lynda Nazri
Baca juga: Kuey Teow Sup Sedap Ala Kopitiam, Hirup Kuahnya Terasa Nikmat Dunia
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…