
Resipi kuah lontong Betawi ini memang lain dari biasa kerana ada sentuhan dari seberang yang lebih berempah dan kaya rasa. Kuahnya bukan sekadar lemak santan semata-mata, tapi penuh dengan aroma rempah yang membuatkan setiap suapan terasa lebih menyelerakan.
Biasanya kita biasa dengan kuah lodeh yang lebih simple dan ringan, tapi versi kuah lontong Betawi ini memang ada “kick” tersendiri. Gabungan bahan kisar, rempah yang ditumis dan tambahan bawang goreng di akhir masakan menjadikan rasanya lebih wangi, pekat dan memikat selera.
Sebab itu ramai yang dah cuba resipi ini kata susah nak kembali ke versi biasa. Kuahnya bukan saja sedap dimakan dengan ketupat, malah boleh buat kita teringat-ingat walaupun dah habis makan.
Baca juga: Teknik Rebus Nasi Impit Dalam Masa Yang Singkat, Cepat Masak & Jimat Gas!
RESIPI KUAH LONTONG BETAWI

Bahan A (kisar & goreng seketika):
- 1/2 genggam ikan bilis
- 1 sudu besar udang kering
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 1/2 batang serai
- 2 1/2 inci kunyit hidup
Semua bahan A ini digoreng sekejap dulu untuk naikkan aroma sebelum dikisar.
Bahan B (rempah kering – boleh goreng & kisar sekali):
- Lada putih
- Ketumbar biji
- Jintan manis / jintan putih
- Buah keras
Goreng sekejap dan kisar halus bersama bahan A untuk hasil kuah lebih wangi dan berempah.
Bahan C (kuah & sayur):
- Udang segar
- Santan (± 400ml / 2 kotak kecil santan pekat)
- 3 cawan air (boleh tambah ikut kepekatan disukai)
- Garam & gula secukup rasa
Sayur-sayuran:
- Kubis bunga
- Kubis Beijing
- Lobak merah (carrot)
- Kacang buncis
- Cili merah
Bahan tambahan (pelengkap rasa):
- Bebola ikan
- Kek ikan
- Fucuk ikan
- Tempe goreng
Cara penyediaan kuah lontong betawiL
- Panaskan minyak dan goreng bahan A bersama bahan B sekejap untuk naikkan aroma rempah.
- Kisar semua bahan yang telah digoreng hingga halus.
- Gunakan minyak lebihan tumisan, kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing (lebih kurang 5–6 minit).
- Masukkan udang dan kacau hingga berubah warna.
- Tuang santan dan air sedikit demi sedikit sambil kacau supaya kuah tidak pecah minyak.
- Perasakan dengan garam, gula dan perencah ikut citarasa.
- Masukkan sayur keras dahulu seperti lobak merah, kubis bunga dan kubis. Rebus lebih kurang 10 minit.
- Tambahkan bebola ikan, kek ikan, fucuk, tempe, kacang buncis dan cili merah.
- Masak sekejap lagi (1–2 minit) dan tutup api.
- Akhir sekali taburkan bawang goreng untuk aroma lebih wangi dan menyelerakan.
Tip tambahan: Suhun direbus asing dan dimasukkan ke dalam pinggan ketika hendak makan supaya teksturnya kekal sedap.
Kuah lontong Betawi ini memang “perfect match” bila dimakan bersama:
- Ketupat nasi
- Sambal tumis
- Telur rebus
- Paru balado

Resipi kuah lontong Betawi ini memang lain dari kuah lodeh biasa kerana lebih berempah, lebih wangi dan lebih kaya rasanya. Sekali hirup kuahnya, memang susah nak berhenti makan.
Kalau anda sedang cari kelainan untuk menu raya, resipi ini memang wajib cuba. Selamat mencuba dan semoga berjaya buat keluarga jatuh cinta dengan masakan anda!
Sumber: Afy Al Habibi
Baca juga: Resipi Lontong Kuah Lodeh Yang Meriah Isi & Tak Cepat Basi, Pekat Begini Barulah Puas Hati!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














