teknik rebus nasi impit

Jom MyResipi kongsikan teknik rebus nasi impit yang cepat, mudah dan jimat gas. Maklumlah, di musim perayaan begini, selain ketupat, nasi impit memang menjadi menu wajib untuk dihidang kepada tetamu di hari raya.

Biasanya, untuk mendapatkan nasi impit yang cantik dan padat, ia perlu direbus dalam tempoh yang agak lama. Kalau rebus guna api besar pun boleh, tapi hasilnya kurang padat, tekstur sedikit kasar dan kurang pejal, tak begitu sedap bila dimakan.

Jadi, untuk tahun ini, anda boleh cuba petua yang dikongsi oleh saudari Nabilah Zaidi. Cara ini bukan sahaja menjimatkan gas, malah anda yang tiada pressure cooker pun boleh ikut dengan mudah.

Baca juga: Resipi Sate Ayam Paling Juicy, Ikut Tip Perapan Ini Supaya Rempah Meresap Sampai Ke Isi

TEKNIK REBUS NASI IMPIT YANG CEPAT, MUDAH DAN JIMAT GAS

teknik rebus nasi impit

Bahan-bahan:

  • Nasi impit segera
  • Air secukupnya untuk merebus

Cara-cara:

  1. Didihkan air dalam periuk yang cukup untuk menenggelamkan nasi impit.
  2. Masukkan nasi impit segera ke dalam air mendidih. Tetapkan masa 5 minit untuk panaskan permukaan nasi.
  3. Matikan api dan biarkan periuk ditutup selama 30 minit supaya nasi menyerap air dan lembut.
  4. Pasang balik api dan masak selama 7 minit supaya nasi impit panas sekata dan padat.
  5. Angkat dan sejukkan seketika sebelum dihidangkan. Nasi impit siap dimakan dengan kuah atau sambal kegemaran.

Sumber: Nabila Zaidi

Baca juga: Cara Buat Kuah Kacang Paling Mudah, Tanpa Santan Pun Tetap Sedap & Berlemak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN