resipi mi goreng

Kalau ada yang nak cuba resipi mi goreng udang kering ini, bayangkan bau wangi yang ‘naik’ dari dapur hingga ke satu rumah. Berkeroncong perut dibuatnya, tak sabar nak makan!

Menu ni antara pilihan paling senang nak buat bila lapar mengejut, tapi tetap nak makan sesuatu yang puas hati dan berperisa. Tak perlu banyak, cukup ada udang kering sebagai penyedap utama, terus rasa mee goreng jadi lebih ‘kick’. Tambah pula dengan cili kisar dan sos-sos pilihan, memang boleh buat satu kuali licin!

Paling menarik, resipi ini fleksibel. Boleh letak ayam, sotong atau apa-apa protein yang disukai mengikut selera. Sesuai sangat untuk hidangan makan malam cepat atau menu hujung minggu santai.

Baca juga: Menu Bajet Bihun Goreng Ikan Bilis, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Confirm Licin Sepinggan!

RESIPI MI GORENG UDANG KERING

resipi mi goreng

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Segenggam udang kering (rendam air panas sekejap hingga lembut)

Bahan lain:

  • Cili kisar
  • Protein pilihan (ayam / sotong / udang)
  • Sos tiram
  • Karamel masakan
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Sedikit serbuk perasa (optional)
  • Tomato (optional), hiris
  • 1–2 biji telur
  • Sedikit air
  • 1 paket mee kuning
  • Segenggam tauge
  • Sedikit kucai (potong pendek)
  • Cili padi, diketuk (optional, jika suka pedas)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan protein pilihan seperti ayam, sotong atau udang. Masak hingga separuh masak.
  3. Masukkan sos tiram, karamel masakan, sos cili dan kicap manis. Gaul rata supaya bahan sebati.
  4. Tambahkan sedikit air untuk menghasilkan kuah yang lembap, jangan terlalu banyak.
  5. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau hingga telur masak dan bersalut dengan kuah.
  6. Masukkan mee kuning, kemudian gaul hingga semua bahan sebati.
  7. Akhir sekali, masukkan tauge, kucai dan cili padi jika suka pedas. Gaul sekejap sahaja supaya sayur kekal rangup.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Threead @mingtabletales

Baca juga: Resepi Mee Jawa Daging Simple Tapi Sedap, Kuah Pekat & Berempah Penuh Rasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN