lontong kuah lodeh

Siapa saja yang tak suka hidangan lontong kuah lodeh kan? Gabungan nasi impit yang lembut dengan kuah lodeh yang lemak berkrim memang pembuka selera.

Namun, cabaran utama memasak kuah lodeh adalah sayurnya yang mudah lembik dan kuah yang cepat basi jika tidak kena cara penyediaannya.

Kali ini, kami kongsikan resipi istimewa daripada Dapur Tiyah yang diwarisi daripada arwah ayahnya. Ada teknik yang digunakan supaya hidangan ini tahan lebih lama dan tak cepat basi!

Baca juga: Resipi Laksa Siam Berkuah Lemak Pedas & Pekat, Makan Berselera Sampai Kuah Pun Licin

RESEPI LONTONG KUAH LODEH

lontong kuah lodeh

Bahan kisar halus:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah besar (buang biji)
  • 1 sudu besar udang kering
  • Sedikit kunyit hidup (atau serbuk kunyit)

Bahan sayur (digoreng sekejap):

  • 2 paket tempe (dipotong dadu)
  • 3 blok tahu (dipotong dadu)
  • 3 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 ikat kacang panjang (dipotong pendek)

Bahan-bahan lain:

  • 3 batang serai (diketuk)
  • Isi ayam (dipotong kecil) – ini rahsia kuah lebih ‘meriah’ dan manis!
  • 1,700ml air
  • 1 sudu besar serbuk perencah pati ayam
  • 1 keping asam keping
  • 400ml santan pekat
  • 1 batang lobak merah (dihiris memanjang)
  • Udang segar (mengikut citarasa)
  • 1 paket suhun & fucuk (direndam sehingga lembut)

Cara-cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, gorengkan tempe, tahu, kentang dan kacang panjang secara berasingan. Jangan goreng sampai garing, cukup sekadar ‘matang’ sahaja. Teknik ini sangat penting supaya sayur-sayuran tadi tak mudah lembik dan kuah lodeh tak cepat basi.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah dikisar halus bersama serai yang telah diketuk. Masak sehingga pecah minyak dan naik bau wangi.
  3. Masukkan isi ayam. Gaul rata dan biarkan ayam masak seketika untuk mengeluarkan air manisnya.
  4. Masukkan 1,700ml air. Untuk rasa yang lebih umph, tambahkan satu sudu besar serbuk perencah pati ayam. Ia dah lengkap dengan rasa garam dan bawang, jadi sangat memudahkan kerja! Masukkan juga asam keping.
  5. Bila kuah dah mula mendidih, tuangkan santan pekat dan masukkan lobak merah. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak.
  6. Seterusnya, masukkan semula tempe, tahu, kentang dan kacang panjang yang telah digoreng awal tadi.
  7. Masukkan udang segar, suhun dan fucuk. Biarkan merayap seketika sehingga udang masak sempurna. Pastikan kuah mencukupi sebab suhun dan fucuk akan menyerap sedikit air bila sejuk nanti.
  8. Siap! Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Thread @dapurtiyah

Baca juga: Resipi Roti Jala Sukatan 1kg Tepung Anti Gagal, Lembut & Tak Mudah Basi Walaupun Simpan Lama

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN