Categories: Resipi

Resipi Kerabu Sotong, Nampak Ringkas Tapi Ada ‘Petua’ Supaya Tekstur Kekal Lembut & Tak Liat

Resepi kerabu sotong ini sesuai untuk yang suka hidangan seafood yang ringkas tetapi tetap penuh dengan rasa. Bila sotong yang lembut digaul bersama hirisan bawang, cili api, tomato dan perahan limau, setiap suapan terasa segar dengan gabungan rasa masam, pedas dan sedikit manis yang memang boleh menaikkan selera.

Kadang-kadang bila buntu nak masak lauk apa, menu kerabu seperti ini boleh jadi pilihan yang cepat dan mudah. Tak perlu tumis lama atau guna banyak bahan, hanya celur sotong sekejap dan gaulkan bersama bahan-bahan segar yang ada di dapur.

Namun, ramai yang risau sotong menjadi keras apabila dimasak. Sebenarnya, kunci untuk dapatkan kerabu sotong yang sedap ialah cara mencelur sotong dengan betul. Jangan masak terlalu lama kerana sotong hanya perlukan masa yang singkat untuk kekal lembut, juicy dan tidak liat.

Baca juga: Dah 15 Tahun Guna Cara Ini, Wanita Kongsi Resipi Sotong Goreng Tepung Tak Meletup & Tak Tertanggal

RESEPI KERABU SOTONG MASAM, PEDAS & MANIS

Bahan-bahan:

  • Sotong yang telah dibersihkan secukupnya
  • Air untuk mencelur
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Tomato (dipotong kecil)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Bawang besar (dihiris nipis)
  • Cili api (dihiris)
  • Serai (dihiris halus)
  • Jus limau secukupnya
  • Kicap sotong secukupnya
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Didihkan air terlebih dahulu di dalam periuk.
  2. Masukkan sotong yang telah dibersihkan ke dalam air mendidih dan celur selama kira-kira 2 minit sahaja.
  3. Tutup api dan segera angkat sotong. Toskan sotong sehingga kering.
  4. Jangan buang air celuran sotong. Simpan dalam botol dan boleh digunakan semula untuk masakan seperti tomyam kerana air ini memberikan rasa manis semula jadi daripada sotong.
  5. Dalam bekas besar, masukkan daun ketumbar, tomato, lobak merah, bawang besar, cili api dan serai yang telah dihiris.
  6. Masukkan sotong yang telah dicelur tadi ke dalam bekas yang sama.
  7. Tambahkan kicap sotong, jus limau dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
  8. Perasakan mengikut cita rasa. Jika suka lebih pedas atau masam, boleh tambah lagi cili api dan jus limau.
  9. Kerabu sotong siap untuk dinikmati bersama nasi putih.

Tip: Jangan celur sotong terlalu lama kerana haba yang berlebihan boleh menyebabkan sotong menjadi keras dan liat. Celur sekejap sahaja untuk mendapatkan tekstur sotong yang lembut dan sedap.

Sumber: Zizah Mizie

Baca juga: Resipi Sambal Sotong Pekat Melekat, Sekali Cuba Confirm Nak Tambah Nasi Lagi!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

1 day ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

1 day ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

1 day ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

1 day ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

1 day ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

1 day ago