resipi sotong goreng tepung

Resipi sotong goreng tepung memang antara lauk paling cepat licin atas meja. Tapi ramai juga yang selalu kecewa bila hasilnya tak jadi rangup, tepung tertanggal atau lebih teruk lagi, sotong meletup masa tengah goreng. Sebenarnya, ada cara mudah yang boleh buat sotong goreng tepung jadi lebih cantik, rangup dan tahan lama.

Resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial ini bukan baru dicuba sehari dua. Malah teknik ini dah digunakan lebih 15 tahun dan hasilnya tetap konsisten sampai sekarang. Rahsianya bukan pada bahan yang pelik, tapi pada cara penyediaan yang betul sebelum goreng.

Kalau ikut langkah-langkah yang betul, sotong bukan saja tak meletup, tapi lapisan tepung pun melekat elok dan kekal rangup walaupun dah sejuk sedikit. Sesuai sangat kalau nak buat lauk harian atau hidangan istimewa untuk keluarga.

Baca juga: Resipi Sotong Telur Masin Berkuah Pekat Berkrim, Masak Sendiri Lagi Jimat & Puas Hati!

RESIPI SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP

resipi sotong goreng tepung

Bahan-bahan:

  • Sotong segar (ikut jumlah yang diperlukan)
  • Telur ayam (1–2 biji, ikut kuantiti sotong)
  • Tepung goreng segera (kering)
  • Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng)
  • Garam secubit (optional untuk perasa sotong)

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan sotong dan toskan air sepenuhnya. Kemudian lap kering menggunakan kitchen towel. Langkah ini penting untuk elakkan minyak meletup masa menggoreng.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk. Celupkan sotong ke dalam telur hingga rata. Kalau nak jimat telur, boleh juga terus gaulkan telur bersama sotong dalam satu bekas.
  3. Sediakan tepung dalam bekas bertutup. Masukkan sotong yang sudah dicelup telur tadi, kemudian tutup dan goncang hingga sotong bersalut rata dengan tepung.
  4. Untuk lapisan lebih tebal dan rangup, ulang semula langkah celup telur dan goncang tepung sekali lagi.
  5. Pastikan minyak benar-benar panas sebelum masukkan sotong. Ini antara kunci utama supaya tepung tak tertanggal dan sotong tak serap minyak berlebihan.
  6. Jangan goreng terlalu lama supaya sotong tidak liat. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidang.

Kalau ikut cara ini, hasil sotong goreng tepung memang rangup di luar, juicy di dalam dan paling penting tak meletup masa goreng. Simple tapi menjadi!

Sumber: Thread

Baca juga: Resipi Sotong Berlada Memang ‘Kick’ Habis, Ada Petua Supaya Tak Liat & Lembut Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN