Jika anda sedang mencari resipi yang mudah tapi mempunyai rasa yang memikat, resepi kepak ayam madu ini adalah pilihan yang tepat.
Selain rasanya yang sedap, ia juga mudah disediakan kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur.
Dalam resipi ni, sayap ayam perlu diperap dengan bawang putih, halia, sos tiram, dan madu. Makin lama perap, ayam akan lagi lebih berperisa dan sedap.
Selepas itu, ayam akan dimasak menggunakan air fryer. Hasilnya, ayam jadi rangup di luar dan lembut di dalam. Jom cuba!
Baca juga: Masak Ikan Keli Guna Air Fryer, Hasilnya Garing Di Luar & ‘Moist’ Di Dalam!
RESEPI KEPAK AYAM MADU YANG SEDAP DAN MUDAH
Bahan-bahan:
- Bawang putih dan halia (tumbuk menggunakan lesung)
- Gula perang
- Sos tiram
- Sedikit kicap manis
- Serbuk cili (untuk warna dan kepedasan, sesuaikan dengan selera)
- Madu
- Garam
Cara-cara:
- Tumbuk bawang putih dan halia menggunakan lesung hingga halus.
- Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, gula perang, sos tiram, kicap manis, serbuk cili, madu, dan garam.
- Gaul rata hingga semua bahan sebati dan gula larut.
- Masukkan sayap ayam ke dalam mangkuk dengan campuran perapan. Pastikan setiap sayap ayam dilapisi dengan rata dengan bahan perapan.
- Tutup mangkuk dengan penutup atau plastik pembalut dan biarkan ayam diperap dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
- Untuk hasil terbaik, perap lebih lama, iaitu hingga semalaman, supaya perasa lebih meresap ke dalam ayam.
- Panaskan air fryer pada suhu 170°C.
- Susun sayap ayam dalam bakul air fryer.
- Masak pada suhu 170°C selama 15 minit. Setelah itu, tambahkan masa dan naikkan suhu kepada 180°C selama 5-6 minit tambahan. Ini akan membantu ayam menjadi rangup di luar dan matang sepenuhnya.
- Periksa ayam untuk memastikan ia masak dengan sempurna.
- Jika perlu, tambah masa memasak sedikit lagi bergantung pada saiz sayap dan air fryer anda. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Aliah Yahaya Alia
Baca juga: 5 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dimasak Menggunakan Air Fryer