resepi kentang goreng

Entri kali ini, MyResipi ingin kongsikan resepi kentang goreng ala kedai korea. Siapa penggemar makanan Korea pasti tahu makanan yang dinamakan ‘bulgogi fries’ ini.

Kalau makan di kedai biasanya tidak rasa puas, jadi apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Cara membuatnya juga sangat mudah tau!

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama MasAyu Legacy di bawah.

Baca juga: Resipi Cucur Kentang Guna Bahan Mudah, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam!

RESEPI KENTANG GORENG ALA KOREA (BULGOGI FRIES)

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Goreng daging cincang sekejap, kemudian buang minyak berlebihan.
  2. Hancurkan daging sehingga menjadi tekstur yang diinginkan. Ketepikan.
  3. Goreng kentang beku mengikut arahan pada paketnya.
  4. Angkat kentang dari minyak dan ketepikan seketika.
  5. Untuk membuat sos pula, campurkan mayonis, madu, dan jus lemon. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Jika suka rasa tajam, tambahkan lebih lemon. Gaul rata.
  6. Gaulkan kentang yang telah digoreng dengan adunan mayonis tadi. Simpan sedikit adunan mayonis untuk kegunaan nanti.
  7. Taburkan hirisan bawang besar dan daun bawang ke atas kentang yang telah digaul dengan sos.
  8. Gaulkan daging dengan lebihan mayonis dan campurkan sekali dengan bawang dan daun bawang.
  9. Taburkan campuran daging di atas kentang goreng.

Kredit resipi dan gambar: MasAyu Legacy

Baca juga: Cara Buat Kentang Wedges Homemade, Lagi Puas Hati Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN