Kek pelangi ini bukan saja gebu dan wangi, malah coraknya juga cukup menarik selepas dipotong. Belang pelangi yang terhasil tersusun cantik elok!
Bahan-bahan untuk buat kek ini pun mudah saja. Dengan beberapa bahan asas, anda boleh hasilkan kek yang bukan hanya enak tetapi juga menarik perhatian.
Jom kita cuba buat dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Al Fatihah di bawah.
Baca juga: Resipi Kek Keju Simple, Guna 4 Bahan Murah Tapi Rasa ‘Mahal’!
RESEPI KEK PELANGI GEBU DAN WANGI
Bahan-bahan:
- 1 1/2 ketul butter atau 1 1/2 cawan marjerin pelangi
- 1 1/2 cawan gula halus – kisar halus lagi (kurangkan 1 1/3 cawan jika rasa manis sangat)
- 5 biji telur gred A
- 1 sudu teh esen ros
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 2 1/2 cawan tepung tepung gandum + 1 sudu teh serbuk penaik (diayak)
- Pewarna merah, kuning, hijau, biru & ungu
Cara Membuatnya:
- Pukul butter dengan gula hingga kembang.
- Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul. Campurkan esen ros dan susu pekat. Pukul rata.
- Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan pukul sebati.
- Bahagi adunan kepada 5 bahagian. Campurkan dengan pewarna.
- Alas loyang saiz 10″ dengan baking paper. Tompokkan 3 sudu besar adunan merah di tengah-tengah loyang. Kemudian, tindihkan dengan adunan kuning, hijau, biru, dan ungu secara berselang seli. Semuanya 3 sudu besar. Ulang lagi hingga habis adunan. Goyangkan sedikit loyang supaya ia rata ke tepi loyang.
- Bakar pada suhu 130°C, api bawah di rak tengah selama 1 jam 15 minit. Kemudian, tukar api atas, suhu 120°C di rak paling bawah selama 5 minit. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
- Bila dicucuk dengan lidi, ia keluar bersih bermakna kek sudah masak.
- Selamat mencuba!
Sumber: Nor Al Fatihah T-Hah
Baca juga: Resipi Kek Sarang Semut Berongga & Kenyal, Elok Sungguh Kejadiannya!