PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-26 15:54:22
Mesti ramai yang teringin nak buat kek lapis, tapi bila fikir-fikir macam susah sangat! Memandangkan kek lapis selalunya dibuat di Sarawak, ramai yang rasa kalau buat sendiri mesti rasanya lain. Tapi jangan risau, Hari ini kita akan cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim di Facebook. Ikut je langkah yang disediakan dan pasti menjadi. Malahan lebih cantik. Jangan risau, kalau tahu tips dan tekniknya, ia tidaklah sesukar yang anda sangkakan.
Kredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim
Bahan-bahan:
- 500g cream cheese
- 200g mentega
- 10 biji telur
- 100g susu manis/susu pekat
- 170g gula halus
- 1 sudu besar ovellate
- 1 sudu kecil lemon oil
- 1 sudu besar jus lemon
- 310g tepung hongkong (diayak) *pakai tepung pau
- Jem/filling pilihan secukupnya
- Pewarna pelangi
Kredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim
Cara-cara:
Langkah 1
- Putar cream cheese, mentega, susu manis, gula halus sehingga kembang *saya tak guna gula tapi gantikan 1 tin susu manis
- Masukkan ovellate dan putar sebati
- Masukkan telur satu persatu dan putar sebati
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit, putar sehingga sebati, tiada ketulan atau lebihan serbuk tepung. Sama juga dengan bahan-bahan yang saya tambah seperti Horlicks dan susu tepung.
Kredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim
Langkah 2
- Timbang dan bahagikan kepada 2 bahagian
- Bahagian A : warna putih (saya biarkan saja warna asli cheese)
- Bahagian B : 7 warna pelangi + filling pilihan (saya sapukan filling di lapisan violet,hijau dan oren.
Kredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim
Langkah 3
Bakar selama 7-9 minit pada suhu bersesuaian dengan oven anda dan jangan lupa mampatkan dengan berhati-hati.
Kalau ada lebihan adunan, buatlah corak kesukaan anda.
Kredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim
Selamat Mencuba
Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim