Baru-baru ini kecoh tentang keracunan makanan lepas makan oyster.

Isu ini mula viral selepas seorang Tiktoker berkongsikan sebuah kedah kedai menjual kerang bakar dan oyster di medan selera Petaling Jaya.

Selepas viralnya video tersebut, orang ramai mula menyerbu kedai itu untuk mencuba oyster yang dikatakan boleh tahan murah.

Namun, ada seorang individu di Twitter  berkata ramai yang terkena keracunan makanan disebabkan memakan oyster di kedai itu.

Bukan setakat seorang dua tapi rupanya ramai yang mengalami nasib yang sama.

Dia turut mencadangkan agar mereka yang terkena keracunan makanan untuk membuat laporan terhadap pihak berwajib kerana ia merupakan isu yang serius dan boleh menyebabkan kematian (makan oyster mentah).

Bukan itu sahaja, ada sesetengah netizen berkata oyster di medan selera tersebut sudah tidak segar kerana warnya yang sudah ‘lebam’.

Menurut mereka juga, jika mahu makan oyster segar perlu pergi ke kedai yang menghidangkan atau mempunyai display menunjukkan ia masih hidup, bukanlah frozen.

“Oyster mentah mesti dimakan (ketika masih) segar. Bukan yang sudah disejuk beku.”

Di bebenang Twitter itu juga, seorang individu turut berkongsi sekeping gambar menunjukkan keadaan oyster yang dihidangkan di medan selera tersebut.

Memang jelas kelihatan ia sudah tidak segar dan sudah bertukar warna coklat.

 

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending