
Kek batik disukai ramai kerana rasanya manis dan teksturnya unik. Jika anda mencari versi lembut, resipi kek batik lembut sedap ini sesuai untuk dicuba di rumah.
Hanya menggunakan bahan-bahan mudah seperti biskut marie, serbuk coklat malt, susu pekat dan butter, anda sudah boleh menghasilkan kek batik lembut sedap yang memikat.
Resipi kek batik lembut sedap yang dikongsikan oleh Yusma Mustafa sesuai dijadikan hidangan untuk potluck, jamuan keluarga atau kudapan minum petang yang pasti digemari semua. Jom kita cuba!
Baca juga: Wanita Kongsi Resepi Kek Batik Khairul Aming, Tapi Sentuhannya Macam Kain Batik Asli!
RESIPI KEK BATIK LEMBUT SEDAP

Bahan-bahan:
- 600g biskut marie (2 pek)
- 1 ketul butter (250g)
- 1 cawan serbuk coklat malt
- ½ cawan serbuk koko
- ½ cawan susu pekat
- 1 cawan bijirin segera (instant cereal)
- 2 cawan air panas
*Tip: Gunakan air panas, bukan air sejuk, supaya semua serbuk larut dengan sempurna.
Cara-cara memasak:
1. Patahkan biskut marie menjadi empat bahagian. Tidak perlu terlalu halus kerana biskut akan memberikan corak batik yang cantik selepas dipotong.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan serbuk coklat malt, serbuk koko dan susu pekat. Masukkan air panas dan kacau hingga sebati tanpa ketulan.
3. Panaskan butter menggunakan api perlahan sehingga cair.
4. Tuang campuran coklat malt, serbuk koko, susu pekat dan air panas ke dalam butter cair. Kacau rata hingga mendidih, kemudian tutup api.
5. Tambahkan biskut yang dipatahkan. Masukkan bijirin segera. Gaul rata dalam kuali besar supaya semua bahan sebati.
6. Lapikkan bekas atau loyang dengan plastik supaya kek mudah dikeluarkan dan tidak melekat. Gunakan plastik yang lebih besar daripada loyang supaya mudah ditarik.
7. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang dilapik plastik. Padatkan kek menggunakan batu lesung (masukkan dalam plastik untuk tekan kek).
8. Simpan kek dalam peti sejuk semalaman.
9. Keluarkan kek dari peti sejuk, tarik plastik dan potong mengikut saiz.
Tips tambahan:
- Gunakan air panas supaya serbuk larut dengan sempurna.
- Pastikan kek dipadatkan supaya hasil potongan nampak cantik berbatik.
- Simpan dalam peti sejuk semalaman untuk rasa lebih sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Yusma Mustafa
Baca juga: Resepi Kek Batik Mudah Tanpa Telur, Hanya Guna 5 Bahan Tapi ‘Crunchy’ Sungguh!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














