Categories: Tips & Petua

Tip Masak Kari Ayam Guna Santan Kotak, Dijamin Pecah Minyak Elok!

Terdapat banyak resepi kari ayam simple yang boleh dijadikan rujukan buat anda semua. Ada yang menggunakan santan segar, santan kotak mahupun tidak memakai santan sama sekali.

Buat yang menggunakan santan kotak, pasti ramai yang pernah mengalami situasi di mana kari tidak pecah minyak selepas dimasukkan santan. Sebelum dimasukkan santan, sudah pecah minyak elok.

Oleh itu, jom MyResipi kongsikan tip bagaimana mahu menghasilkan kari ayam yang pecah minyak. Mak-mak yang selalu gagal masak kari, jangan lupa praktikkan tips ini.

Baca juga: Cara Masak Kari Kepala Ikan Merah, Tanpa Guna Santan Tapi Tetap Padu!

RESEPI KARI AYAM SIMPLE & TIP PECAH MINYAK

Berikut merupakan tip kari ayam pecah minyak yang dikongsikan oleh Encik Safwan Adnan:

Hari ini saya nak share tips bagaimana hendak mendapatkan kari @ gulai yang pecah minyak seperti dalam gambar di bawah (sumber dari google).

Sebenarnya saya banyak kali gagal membuat kari @ gulai yang cantik. Cantik di sini bermaksud minyak itu nampak naik hasil dari tumisan rempah-rempah..

Ketika menumis rempah memang dah pecah minyak, tetapi masuk sahaja santan, minyak hilang entah ke mana. Walaupun sekian lama mereneh atas dapur tetap hasil tak  cantik seperti di gerai-gerai makan.

Alhamdulillah dan akhirnya saya mendapatkan cara yang sebenarnya adalah cukup mudah. Caranya adalah berikut :

Cara 1:

1. Apabila menumis rempah pastikan air dimasukkan sedikit demi sedikit. Hampir kering tambah air lagi dan ulangi sehingga minyak terbit.
2. Setelah itu masukkan santan cair. Renehkan sebentar dan masukkan santan pekat (diperingkat ini minyak tidak akan terbit dan kari @ gulai kita akan nampak kosong je)
3. Inilah saatnya, kita tambahkan air sedikit demi sedikit. Anda akan nampak minyak mula terbit. Apabila terlihat air berkurang dan hendak ke arah pekat, ulangi lagi dan kecilkan api. Hampir pekat tambah lagi air sehingga minyak terbit sepenuhnya.
4. Jangan risau tentang kepekatan kari, sebab itu air perlu ditambah sedikit demi sedikit supaya kita boleh kawal kepekatan mengikut citarasa kita.

Cara 2:

1. Tumis rempah sampai pecah minyak
2. Santan kotak atau ori campurkan dengan air (kuantiti air sama banyak dengan santan pekat)
3. Apabila tuang dalam kuah akan nampak minyak naik.
4. Kacau sekejap-sekejap supaya tak berketul santan kita.
5. Jangan khuatir dengan kari yang akan nampak cair. Apabila direneh akan pekat kembali yang penting minyak tuh naik.

Cara 3:

1. Setelah rempah pecah minyak, terus letak air.
2. Kemudian letak santan pekat yang dicampur sedikit air (kena agak-agak supaya tak terlebih cair pula)

Sumber: Safwan Adnan

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Pisang, Menu Orang Dulu-Dulu Yang Sangat Menyelerakan

Nasiha

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

2 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

2 days ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

2 days ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

2 days ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

2 days ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

2 days ago