Sekali-sekala tengah hari nak makan lauk yang ringkas saja apa salahnya bukan? Jadi, hari ini kami cadangkan anda buat Pais Ikan yang cukup mudah dan lazat.
Betapa ruginya jika anda belum pernah cuba makan Pais Ikan kerana selain cara penyediaan yang sangat ringkas, hidangan ini juga mampu membuka selera sesiapa saja yang melihatnya.
Bau haruman daun kunyit dan daun pisang pada Pais Ikan membuatkan penggemarnya berselera sehingga boleh menambah berulang kali.
Jika nak tahu bagaimana rasanya Pais Ikan yang dikhabarkan sedap tak terkata, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Suhadah Sanusi di Facebook.
Baca juga: Ikan Kembung Goreng Berlada, Guna Resipi Pantas Ini Untuk Siapkannya
Bahan-bahan:
Bahan kisar halus (kisar dengan sedikit air saja):
Cara-cara:
1. Ikan disiang dan dibersihkan. Pada masa yang sama, satukan bahan yang dikisar halus bersama daun kunyit dan bunga kantan, kemudian sebatikan.
2. Sumbat ikan dengan campuran bahan kisar tadi dan balut ikan menggunakan daun pisang, kemudian perap selama 1 hingga 2 jam.
3. Bakar ikan menggunakan air fryer pada suhu 180ºC selama 10 minit untuk setiap bahagian. Siap untuk dihidang!
Buat pengetahuan anda, Pais Ikan ini boleh juga dimasak menggunakan pemanggang ajaib atau dikukus, namun ia lebih sedap jika dibakar.
Lauk ini biasanya dimakan dengan nasi putih yang masih panas. Lemak dan kemanisan rasa ikan membantu memberi rasa hebat pada bungkusan Pais Ikan tersebut.
Dengan paduan manis, pedas, masin dan lemak yang cukup rasa, ia menjadikan santapan ini begitu menyelerakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Suhadah Sanusi
Baca juga: Sambal Ikan Bilis TERPALING Senang, Jangan Skip Langkah Ini Kalau Nak Garing
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…