resepi jemput malas

Resepi jemput malas ini sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi. Dalam bahasa Kelantan, kudapan ini dipanggil dengan nama ‘jeput malah’ atau ‘colek malah’.

Cara membuatnya juga sangat senang, hanya kacau, perapkan seketika dan boleh terus goreng. Yang penting, kuah lada untuk dicicah dengan jemput malas perlu betul-betul sedap.

Ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak

RESEPI JEMPUT MALAS

Bahan-bahan jemput malas:

  • 4 cawan tepung
  • 1 genggam udang geragau
  • 1 ikat kangkung
  • 1/2 sudu makan yis
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan sampingan:

  • Keropok goreng
  • Timun batang

Cara-cara membuat jemput malas:

1. Dalam mangkuk, satukan tepung, kangkung, udang geragau, yis, serbuk kunyit dan garam.

2. Masukkan air sedikit-sedikit dan gaul gaul sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan terlalu pekat.

3. Perap selama 1 jam dan sedia untuk digoreng menggunakan api sederhana besar.

4. Biarkan sedikit garing. Angkat dan toskan minyak.

5. Potong dan letakkan di dalam pinggang. Taburkan hirisan timun dan keropok yang sudah diramas.

Bahan-bahan kuah colek malas:

  • 6 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang putih
  • Gula dan garam
  • 1 keping nisan
  • 1 senduk kecil cuka makan
  • Kacang tanah goreng ditumbuk kasar

Cara-cara:

1. Kisar cili kering dan bawang putih sehingga halus. Kemudian masukkan dalam periuk dan tambahkan air serta gula mengikut tahap kemanisan yang disukai. Letakkan juga garam dan cuka.

2. Kacau sebati dan biarkan sehingga mendidih. Masukkkan nisan dan masak lagi sehingga mendidih.

3. Masukkan juga kacang tanah yang sudah ditumbuk kasar. Tambahkan apa yang perlu sehingga rasanya cukup masam dan manis.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama colek malas tadi. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar

Baca juga: Cucur Kucai Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Sekejap Je Dah Siap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN