Categories: Resipi

Cuma Guna Satu Periuk! Resipi Jagung Susu Cheese Ini Sesuai Untuk Sarapan Pagi Yang Cepat

Resepi jagung susu keju ini sesuai untuk anda yang mahukan sarapan ringkas tetapi tetap mengenyangkan. Hidangan ini boleh disediakan dalam satu periuk sahaja, jadi tidak perlu menggunakan banyak peralatan atau mengambil masa yang lama di dapur.

Gabungan rasa manis daripada susu pekat dengan lemak masin mentega dan keju menghasilkan rasa yang seimbang. Jagung pula memberikan tekstur rangup dan sedikit manis semula jadi yang membuatkan setiap suapan lebih menarik.

Sesuai dinikmati ketika pagi yang sibuk, hidangan ini boleh disediakan dalam masa singkat sebelum memulakan rutin harian. Tidak sempat makan berat pun tidak mengapa, semangkuk jagung susu keju ini sudah cukup untuk mengisi perut sebelum meneruskan aktiviti.

Baca juga: Rupanya Buat Puding Jagung Tak Susah, Campur Semua Bahan & Masak Sampai Pekat!

RESEPI JAGUNG SUSU

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Kukus jagung sehingga masak. Kemudian hiris atau leraikan biji jagung dan ketepikan.
  2. Masukkan susu full cream ke dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana.
  3. Masukkan jagung, susu pekat manis dan mentega. Gaul sehingga butter cair dan semua bahan sebati.
  4. Masukkan cheese slice dan teruskan menggaul sehingga cheese cair sepenuhnya.
  5. Biarkan campuran mendidih seketika sambil dikacau supaya tidak melekat pada kuali.
  6. Tutup api dan sedia untuk dinikmati sebagai sarapan manis atau kudapan.

Sumber: Threads @surayamasak

Baca juga: Nak Puding Jagung Kastard Sedap? Rahsianya Kena Masak Perlahan Sampai Pekat & Berkilat

Izzati

Recent Posts

Resipi Wantan Goreng Inti Ayam Berperisa & Rangup, Ini Tips Supaya Lipatan Tak Koyak!

Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…

51 mins ago

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

5 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

6 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

8 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

8 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

8 hours ago