tips rebus jagung

Tips rebus jagung memang nampak mudah, tapi ramai tak sedar teknik yang salah boleh buat jagung jadi kecut, keras dan kurang manis lepas direbus. Kalau nak hasil jagung yang kekal juicy, lembut dan nampak fresh macam baru dipetik, ada satu cara yang ramai dah cuba dan jadi!

Perkongsian dari Aisyah Ibrahim di Facebook ini menunjukkan cara paling simple tapi berkesan untuk rebus jagung tanpa kulit supaya hasilnya tak mengecewakan.

Baca juga: Tips Simpan Jagung Tahan Lama Sampai 3 Minggu, ‘Confirm’ Tak Kecut!

TIPS REBUS JAGUNG TAK KECUT, HASIL MANIS & JUICY

tips rebus jagung

Bahan Ringkas Yang Anda Perlukan

Untuk cuba tips rebus jagung ini, bahan dia sangat mudah:

  • Jagung tanpa kulit
  • 1.5 liter air (tambah ikut saiz periuk)
  • ½ sudu besar garam halus

Jika guna periuk besar, pastikan jagung boleh tenggelam sepenuhnya supaya masak sekata.

tips rebus jagung

Cara Rebus Jagung Supaya Tak Kecut

Ini langkah penting yang ramai selalu terlepas pandang:

1. Didihkan air terlebih dahulu

Masukkan air bersama garam dan tunggu sehingga air betul-betul mendidih.

2. Masukkan jagung bila air menggelegak

Jangan masukkan awal, ini penting untuk elakkan tekstur jadi lembik.

3. Set masa tepat 15 minit

Ini rahsia utama dalam tips rebus jagung ini:

  • Rebus hanya 15 minit dari mula jagung masuk dalam air

Tak perlu lebih lama, kalau terlebih masa jagung boleh jadi kecut dan kurang juicy.

4. Balikkan jagung jika perlu

Dalam 5 minit terakhir, kalau ada bahagian tak tenggelam, boleh terbalikkan supaya semua bahagian kena air panas.

Kalau guna periuk besar dan jagung tenggelam sepenuhnya, langkah ini tak perlu.

5. Tutup api dan siap!

Selepas cukup 15 minit, terus tutup api dan angkat jagung.

Hasilnya Memang Puas Hati!

Dengan ikut tips rebus jagung ini, anda akan dapat:

  • Jagung tak kecut dan kekal gebu
  • Rasa lebih manis semula jadi
  • Tekstur lembut dan juicy
  • Nampak fresh walaupun dah direbus

Tips Tambahan Untuk Jagung Lagi Sedap

  • Jangan rebus terlalu lama (ini punca utama jagung kecut)
  • Gunakan api sederhana besar supaya air sentiasa mendidih
  • Pilih jagung yang segar untuk rasa paling manis
  • Sedikit garam membantu naikkan rasa semula jadi jagung

Kalau selama ini jagung rebus anda selalu jadi kecut, mungkin masalahnya pada cara rebusan. Dengan hanya 15 minit, air mendidih dan sedikit garam, anda dah boleh hasilkan jagung rebus yang manis, juicy dan kekal cantik.

Tips rebus jagung ini memang sesuai untuk siapa saja yang nak snek sihat, cepat dan sedap tanpa gagal!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Aisyah Ibrahim

Baca juga: Geram Kupas Telur Rebus Asyik Melekat? Ikut Tips Ini, Kulit Terus Cantik & Mudah Tanggal!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN