Resepi jagung susu keju ini sesuai untuk anda yang mahukan sarapan ringkas tetapi tetap mengenyangkan. Hidangan ini boleh disediakan dalam satu periuk sahaja, jadi tidak perlu menggunakan banyak peralatan atau mengambil masa yang lama di dapur.
Gabungan rasa manis daripada susu pekat dengan lemak masin mentega dan keju menghasilkan rasa yang seimbang. Jagung pula memberikan tekstur rangup dan sedikit manis semula jadi yang membuatkan setiap suapan lebih menarik.
Sesuai dinikmati ketika pagi yang sibuk, hidangan ini boleh disediakan dalam masa singkat sebelum memulakan rutin harian. Tidak sempat makan berat pun tidak mengapa, semangkuk jagung susu keju ini sudah cukup untuk mengisi perut sebelum meneruskan aktiviti.
Baca juga: Rupanya Buat Puding Jagung Tak Susah, Campur Semua Bahan & Masak Sampai Pekat!
RESEPI JAGUNG SUSU

Bahan-bahan:
- 2–3 tongkol jagung
- 1 cawan susu full cream
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar mentega
- 2 keping cheese slice
Cara penyediaan:
- Kukus jagung sehingga masak. Kemudian hiris atau leraikan biji jagung dan ketepikan.
- Masukkan susu full cream ke dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana.
- Masukkan jagung, susu pekat manis dan mentega. Gaul sehingga butter cair dan semua bahan sebati.
- Masukkan cheese slice dan teruskan menggaul sehingga cheese cair sepenuhnya.
- Biarkan campuran mendidih seketika sambil dikacau supaya tidak melekat pada kuali.
- Tutup api dan sedia untuk dinikmati sebagai sarapan manis atau kudapan.
Sumber: Threads @surayamasak
Baca juga: Nak Puding Jagung Kastard Sedap? Rahsianya Kena Masak Perlahan Sampai Pekat & Berkilat
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

