Kalau ada jagung tin tersimpan dalam kabinet dan sudah lama tidak terusik, boleh cuba buat puding jagung simple ini. Tak perlu banyak bahan dan cara penyediaannya pun mudah kerana semua bahan hanya perlu dicampurkan sebelum dimasak hingga pekat.
Resipi puding kastad jagung ini menggunakan gabungan jagung creamy, susu cair, santan dan tepung kastad. Hasilnya, puding mempunyai tekstur lembut dan rasa lemak manis yang sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut.
Kalau nak lagi nikmat bila dimakan, puding ini perlu disejukkan terlebih dahulu dalam peti ais sebelum dihidangkan. Boleh juga masukkan ke dalam bekas kecil atau loyang mengikut kesesuaian.
Baca juga: Resepi Puding Buah Viral, Cute & Cepat Habis Bila Letak Atas Meja Dessert
RESEPI PUDING JAGUNG SIMPLE

Bahan-bahan:
- 1 tin jagung creamy
- 1 tin susu cair
- 1 tin air
- ½ cawan gula
- 1 tin tepung kastad
- 1 kotak santan (200 ml)
- 1 kotak air
- Sedikit garam
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan jagung creamy, susu cair, air, gula, tepung kastad, santan, air dan sedikit garam ke dalam periuk.
- Kacau semua bahan hingga sebati dan pastikan tepung kastad tidak berketul.
- Masak adunan menggunakan api sederhana sambil terus dikacau supaya bahagian bawah tidak hangit.
- Teruskan memasak sehingga adunan menjadi pekat dan mula meletup-letup.
- Tutup api dan tuangkan puding ke dalam bekas atau acuan pilihan.
- Biarkan puding sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
- Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan. Puding jagung ini lebih sedap dinikmati ketika sejuk.
Sumber: Azlina Azmee
Baca juga: Resipi Puding Biskut Layer, Sekali Potong Terus Nampak Cantik Berwarna-Warni
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

