Categories: Resipi

Resipi Ikan Stim Limau, Ini Petua Tak Hanyir Walaupun Guna Bahan Ringkas

Resepi ikan stim limau ini cukup mudah dan ringkas kerana tidak perlu menggunakan serai, halia, lengkuas mahupun bawang merah. Hanya memerlukan bawang putih, cili api dan limau nipis sahaja.

Namun begitu, ada petua yang perlu dipraktikkan supaya ikan stim tak hanyir danĀ fresh. Untuk mengetahui tips tersebut, mari ikuti perkongsian lengkap oleh Puan Zalina Yahaya di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Stim Ala Nyonya Sedap & Isi Lembut, 4 Langkah Je Dah Siap!

RESEPI IKAN STIM LIMAU

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1. Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan. Cuci bersih ikan dan bahan lainnya.

2. Panaskan pengukus sehingga air menggelegak. Kemudian kukus ikan selama 10 minit. Kukus ikan sahaja tanpa letakkan bahan lain.

3. Sambil tunggu ikan dikukus, perahkan limau nipis, hiris bawang putih dan cili api.

4. Selepas 10 minit, angkat ikan dari pengkukus. Tuangkan air ikan ke dalam mangkuk. Kemudian, campurkan dengan hirisan cili api dan bawang putih tadi berserta 4 sudu besar air, 1/4 sudu teh garam, 8 sudu air limau nipis, 4 sudu besar gula dan hirisan daun ketumbar.

5. Kemudian tuang ke atas ikan dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Zalina Yahaya

Baca juga: Ayam Masak Stim Limau Cara Mudah, Resipi MEMIKAT Perut Suami

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

3 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

4 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

5 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

7 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

9 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

9 hours ago