Categories: Resipi

Resipi Gulai Tempoyak Telur Goyang, Lagi Padu Bila Kuning Telur Cair Meleleh!

Ramai yang sudah biasa mencuba resepi gulai tempoyak guna ikan, tapi sebenarnya boleh juga diganti dengan telur. Lagi sedap kalau buat telur goyang yang kuningnya masih cair.

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana rasanya, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Fastabiqul Khoirot di bawah.

Baca juga: Cara Elak Tempoyak Jadi Masam, Tak Cepat Berkulat & Lebih Tahan Lama

RESEPI GULAI TEMPOYAK TELUR GOYANG

Bahan-bahan:

  • Cili padi (ikut tahap pedas yang diinginkan)
  • Cili merah besar (buang bijinya)
  • Bawang putih (guna banyak untuk memekatkan kuah)
  • Tempoyak segar (ditumbuk atau dikisar halus)
  • Serai (diketuk)
  • Sedikit santan
  • Serbuk kunyit
  • Garam, gula & perasa (jika perlu)
  • Asam keping (jika tempoyak kurang masam)
  • Telur ayam atau telur itik – digoreng separuh masak (goyang)
  • Bahan tambahan pilihan (timun, petai, nanas muda, labu siam, terung)

Cara memasak:

  1. Goreng sebiji-sebiji cili padi, cili merah besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Tujuannya adalah untuk mengurangkan bau bahan mentah dan menjadikan kuah lebih wangi.
  3. Kisar bahan goreng tadi hingga halus bersama tempoyak segar.
  4. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali atau periuk bersama sedikit air dan serai yang telah diketuk. Masak hingga kuah mendidih.
  5. Setelah mendidih, masukkan sedikit santan dan serbuk kunyit. Jika suka, tambahkan bahan-bahan tambahan seperti petai, timun, nenas muda, labu siam atau terung.
  6. Jika mahu lebih pedas, boleh tambah lagi cili padi ketika ini.
  7. Akhir sekali, masukkan telur goyang yang telah digoreng separuh masak tadi ke dalam kuah. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa jika perlu.
  8. Jika tempoyak yang digunakan kurang masam, boleh tambah sedikit asam keping.

Sumber: Fastabiqul Khoirot

Baca juga: Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Yang Pekat & Tak Cair, Ada 3 Petua Kena Ikut!

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

10 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

10 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

11 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

12 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

12 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

13 hours ago