
Kalau anda tercari-cari cara buat tempoyak durian yang sedap, tahan lama dan tak cepat berkulat, ini panduan mudah yang boleh anda cuba sendiri di rumah.
Ramai suka guna tempoyak untuk buat sambal, gulai atau ikan patin, tapi tak semua tahu cara simpan tempoyak supaya tak cepat basi.
Sebenarnya, tempoyak boleh tahan lama kalau pilih isi durian yang sesuai, asingkan biji elok, peram betul dan simpan dengan cara yang betul.
Kalau ikut cara yang betul, tempoyak boleh tahan berminggu-minggu, malah sampai berbulan pun masih sedap!
Baca juga: Nak Buat Jem Durian Yang Sedap, Jangan Skip Bahan ‘Ini’ Semasa Masak
CARA BUAT TEMPOYAK DURIAN YANG TAK MASAM, TAHAN LAMA & TAK CEPAT NAIK KULAT

Cara buat tempoyak manis (tak terlalu masam):
- Asingkan isi durian daripada bijinya.
- Masukkan isi durian ke dalam bekas bertutup.
- Untuk makan harian, simpan dalam bekas kecil supaya senang ambil.
- Kalau nak simpan lebih lama, masukkan ke dalam bekas berasingan dan letakkan di bahagian freezer.
- Cara ini mengekalkan rasa durian yang wangi, lemak manis dan tak terlalu masam.
Cara buat tempoyak masam (tahan lama & tak cepat berkulat):
- Pilih durian yang murah atau isi durian yang dah pecah atau kurang cantik, asalkan belum rosak atau berkulat.
- Asingkan isi durian daripada bijinya.
- Masukkan isi ke dalam penapis.
- Toskan isi durian di luar peti sejuk selama 2 malam supaya airnya keluar.
- Gaulkan isi tempoyak dengan sedikit garam. Jangan letak terlalu banyak, cukup sekadar perasa. Kalau terlebih, rasa boleh jadi masin pahit.
- Masukkan tempoyak ke dalam balang. Boleh isi penuh sebab lepas ditos, tempoyak dah tiada gas sebab sudah kembang dan padat.
- Taburkan sedikit gula di bahagian atas sebelum tutup balang. Ini membantu elak kulat tumbuh cepat.
- Simpan tempoyak dalam balang kecil-kecil supaya senang ambil dan tak usik bekas lain.
- Simpan di dalam peti sejuk atau di luar pun boleh, ikut keselesaan.
Sumber: Amy Rosina
Baca juga: Cucur Durian Anti Gagal, Lembut Dan Gebu Sampai Makan Berulang Kali
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














