
Ramai yang sudah biasa mencuba resepi gulai tempoyak guna ikan, tapi sebenarnya boleh juga diganti dengan telur. Lagi sedap kalau buat telur goyang yang kuningnya masih cair.
Bagi yang tertanya-tanya bagaimana rasanya, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Fastabiqul Khoirot di bawah.
Baca juga: Cara Elak Tempoyak Jadi Masam, Tak Cepat Berkulat & Lebih Tahan Lama
RESEPI GULAI TEMPOYAK TELUR GOYANG

Bahan-bahan:
- Cili padi (ikut tahap pedas yang diinginkan)
- Cili merah besar (buang bijinya)
- Bawang putih (guna banyak untuk memekatkan kuah)
- Tempoyak segar (ditumbuk atau dikisar halus)
- Serai (diketuk)
- Sedikit santan
- Serbuk kunyit
- Garam, gula & perasa (jika perlu)
- Asam keping (jika tempoyak kurang masam)
- Telur ayam atau telur itik – digoreng separuh masak (goyang)
- Bahan tambahan pilihan (timun, petai, nanas muda, labu siam, terung)
Cara memasak:
- Goreng sebiji-sebiji cili padi, cili merah besar dan bawang putih hingga naik bau.
- Tujuannya adalah untuk mengurangkan bau bahan mentah dan menjadikan kuah lebih wangi.
- Kisar bahan goreng tadi hingga halus bersama tempoyak segar.
- Masukkan bahan kisar ke dalam kuali atau periuk bersama sedikit air dan serai yang telah diketuk. Masak hingga kuah mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan sedikit santan dan serbuk kunyit. Jika suka, tambahkan bahan-bahan tambahan seperti petai, timun, nenas muda, labu siam atau terung.
- Jika mahu lebih pedas, boleh tambah lagi cili padi ketika ini.
- Akhir sekali, masukkan telur goyang yang telah digoreng separuh masak tadi ke dalam kuah. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa jika perlu.
- Jika tempoyak yang digunakan kurang masam, boleh tambah sedikit asam keping.
Sumber: Fastabiqul Khoirot
Baca juga: Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Yang Pekat & Tak Cair, Ada 3 Petua Kena Ikut!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














