Categories: Resipi

Resipi Daging Burger Masak Sos, Boleh Cuba Jika Lauk Basah Habis

Perkongsian resepi daging burger masak sos oleh Puan Hawa Mohd Amin ini salah satu menu mudah yang boleh dicuba. Memang cukup ringkas tapi sangat sedap!

Kalau lauk basah dah habis, daging burger pun boleh dijadikan lauk! Yang penting kena rajin, kreatif dan pandai mengolah untuk dijadikan menu yang lazat.

Jadi, ibu-ibu tak perlu risau lagi jika kehabisan bahan basah untuk memasak. Boleh guna apa sahaja yang ada di dalam peti sejuk seperti daging burger ini.

Baca juga: Resipi Skewer Daging Untuk BBQ, Guna 3 Warna Cili Benggala Baru Meriah!

RESEPI DAGING BURGER MASAK SOS

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus daging burger
  • 5 biji telur
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 tangkai cili padi (dihiris)
  • 3 tangkai cili merah (dihiris)
  • 3 sudu sos cili
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit sos tiram

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian goreng daging burger hingga masak. Setelah itu, angkat dan potong daging burger menjadi empat bahagian kecil
  2. Dengan menggunakan baki minyak tadi, masukkan telur. Jangan kacau terlalu hancur, kemudian masukkan bawang dan cili yang dihiris tadi.
  3. Selepas itu, masukkan 3 sudu sos cili. Pastikan semua bahan tercampur rata.
  4. Masukkan juga kicap manis dan sedikit sos tiram.
  5. Perasakan masakan mengikut selera masing-masing.
  6. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Hawa Mohd Amin

Baca juga: Tip Buat Daging Goreng Kunyit Jadi Basah-Basah, Barulah Lagi Sedap!

Wan N

Recent Posts

Resipi Araittuvitta Mutton Kuzhambu, Kari Kambing ‘Pure’ Dengan Rempah Sangai Buat Kuah Lebih Harum!

Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…

49 mins ago

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

2 hours ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

3 hours ago

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…

4 hours ago

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

19 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

19 hours ago