Apabila dapat tahu ada resepi Roti Paratha Sosej Cheese yang mudah dibuat dengan air fryer, memang tak sabar nak cuba. Mana taknya, resepi beginilah yang paling ramai dicari.
Seiring zaman yang serba moden ini, ramai yang mula menggunakan air fryer untuk memasak. Siapa sangka dengan air fryer saja, anda boleh cipta satu hidangan lazat dan memikat selera.
Nak sediakan sarapan atau minum petang buat seisi keluarga di rumah sebenarnya mudah saja. Buat saja resepi Roti Paratha Sosej Cheese ini, pasti makan tak berhenti.
Bukan setakat mudah caranya, malah anda tak perlu gunakan banyak bahan sekalipun untuk buat Roti Paratha Sosej Cheese yang sedap ini. Apabila lihat saja, boleh terliur dibuatnya.
NormaisAra Abdul Wahab telah kongsikan di Facebook tentang cara buat Roti Paratha Sosej Cheese yang sangat mudah dengan menggunakan air fryer saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Sosej Gulung Goreng Basah, Sos Punyalah Pekat Sampai Makan Pun Rasa Nikmat
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, potong sekeping roti paratha kepada 8 bahagian.
2. Kemudian, potong pula cheese keping kepada 8 bahagian juga (jika tak nak letak cheese pun boleh).
3. Selepas itu, potong sosej mengikut saiz yang diinginkan dan sesuai untuk letak pada roti paratha nanti.
4. Seterusnya, letakkan cheese dan sosej di atas roti paratha yang telah dipotong tadi.
5. Kemudian, gulung dan sapukan kuning telur supaya hasilnya nampak cantik apabila dibakar nanti.
6. Akhir sekali, masukkan dalam air fryer dan bakar dengan menggunakan suhu 180ºC selama 5 hingga 10 minit.
Apabila terasa lapar dan teringin sesuatu untuk dikunyah-kunyah, bolehlah gunakan resepi Roti Paratha Sosej Cheese ini. Nak tambah lagi sedap, boleh cicah dengan sos juga.
Selamat mencuba!
Sumber: NormaisAra Abdul Wahab
Baca juga: Resepi Corndog Mudah Versi Mini, Comel Sangat Sampai Tak Sabar Nak ‘Ngap’!
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…